awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spesies dinosaur pemakan daun baharu ditemui di Chile

Agensi
Agensi
21/04/2021
00:57 MYT
Spesies dinosaur pemakan daun baharu ditemui di Chile
Ahli paleontologi Chile mengumumkan penemuan spesis baharu dinosaur gergasi yang digelar Arackar Licanantay. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Ahli paleontologi Chile mengumumkan penemuan spesis baharu dinosaur gergasi yang digelar Arackar Licanantay, pada Selasa.
Dinosaur itu tergolong dalam keluarga Titanosaur tetapi unik kerana ciri-ciri pada tulang di bahagian belakangnya.
Arackar Licanantay merupakan nama yang diberikan suku kaum Orang Asli Kunza yang bermaksud 'tulang Atacameno' dipercayai hidup di wilayah Atacama pada akhir zaman Cretaceous, iaitu 80 hingga 66 juta tahun lalu.
Spesimen fosil itu milik herbivor besar, berkaki empat berukuran sekitar 6.3 meter panjang dan saintis menganggarkan bahawa haiwan yang ditemukan itu berstatus remaja.
Bagi Arackar Licanantay dewasa, ia dianggarkan mampu mencapai panjang 8 meter.
Tulang-temulang dinosour ini pada mulanya ditemui pada tahun 1990an oleh ahli geologi Carlos Arevalo.
Arevalo menggali spesimen itu dengan pakar daripada National Geology and Mining Service, 75 kilometer selatan kota Copiapo di wilayah Atacama.
Ketua Jabatan Paleontologi di Muzium Sejarah Alam Nasional Chile (MNHN), David Rubilar mengetuai pasukan bertanggungjawab membuat penemuan itu.
Mereka terdiri daripada pakar Muzium Sejarah Alam Nasional Chile, Rangkaian Paleontologi Universiti Chile dan Makmal Dinosour Universiti Nasional Argentina.
Penemuan spesies dinosaur baru itu diumumkan secara formal dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam jurnal Cretaceous Research.
Topic Berkaitan
#Chile
#Ahli paleontologi
#dinosour
#Arackar Licanantay
#Atacameno
#herbivor
#David Rubilar
#spesies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan