awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen minyak di Iran lumpuh akibat serangan siber, pengguna terjejas

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2021
22:27 MYT
Stesen minyak di Iran lumpuh akibat serangan siber, pengguna terjejas
Stesen minyak di seluruh negara Iran lengang selepas pam tidak dapat berfungsi susulan serangan siber. - Foto AP
TEHRAN: Seluruh pengoperasian stesen minyak di iran lumpuh akibat daripada serangan siber, sekali gus menyebabkan kenderaan terkandas ketika beratur untuk mengisi minyak.
Menurut laporan agensi media ISNA, rakyat yang ingin mengisi minyak menggunakan kad subsidi yang disediakan kerajaan akan menerima mesej ‘Cyberattack 64411’.
Lima angka itu dipercayai merujuk kepada nombor telefon pejabat pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Malah, nombor 64411 itu sendiri pernah digunakan dalam serangan siber di Iran pada Julai 2021.
Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian yang menimbulkan kekecohan di seluruh negara itu.
Sebahagian besar rakyat Iran bergantung penuh kepada bekalan minyak bersubsidi yang disediakan kerajaan.
Ia mempunyai persamaan dengan satu lagi serangan beberapa bulan sebelum ini yang seolah-olah mencabar pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei ketika ekonomi negara itu terjejas di bawah sekatan Amerika Syarikat.
Masalah ekonomi itu bertambah buruk apabila Amerika Syarikat dan Iran masih belum duduk semeja bagi membincangkan semula perjanjian nuklear Tehran.
Topic Berkaitan
#serangan siber
#stesen minyak
#Iran
#kenderaan terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan