KUALA LUMPUR: Strategi Kerjasama Kesatuan Eropah (EU) di Indo-Pasifik perlu menangani kebimbangan utama negara Asia Tenggara - kemakmuran ekonomi dan keselamatan - untuk menjamin kestabilan dan keamanan, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Menurut beliau, dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan aktiviti ketenteraan di perairan yang dipertikaikan, seperti di Laut China Selatan dan Laut China Timur, yang bertukar menjadi arena persaingan geopolitik antara kuasa-kuasa besar.
Beliau menegaskan kerjasama maritim dalam mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982, seperti yang ditekankan dalam Tinjauan ASEAN mengenai Indo-Pasifik, harus digalakkan dengan rakan kongsi Indo-Pasifik.
"Sebagai wilayah yang menjadi tuan rumah laluan perkapalan penting untuk perdagangan maritim dan bekalan tenaga global, Indo-Pasifik harus dikekalkan sebagai wilayah kerjasama, terhubung dan pembinaan komuniti, mematuhi undang-undang antarabangsa, terutamanya UNCLOS 1982," katanya.
Beliau berkata demikian pada persidangan Wilayah Indo-Pasifik Pelbagai Hala dan Inklusif: Strategi dan Peluang Eropah untuk Malaysia dan Asia Tenggara, yang dianjurkan secara maya oleh Institut Maritim Malaysia (MIMA) dengan kerjasama Kedutaan Perancis di Malaysia, pada Selasa.
Turut hadir Duta Besar Perancis ke Malaysia Roland Galharague, Duta Jerman ke Malaysia Dr Peter Blomeyer, Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas dan Pengerusi MIMA Datuk Mohamed Suffian Awang.
Dengan persaingan yang semakin meningkat antara kuasa besar di Indo-Pasifik, Ikmal Hisham berkata negara-negara Asia Tenggara secara lebih mendalam mesti merencanakan hala tuju mereka dan secara aktif membentuk laluan ke hadapan yang adil untuk semua, sekali gus mengekalkan prinsip berkecuali dan kepaksian ASEAN.
Mengenai kerjasama Malaysia-EU, beliau berkata kedua-dua pihak boleh melangkaui cabaran keselamatan maritim, menerusi penyelarasan dalam pembangunan mampan sumber marin, melindungi persekitaran marin, dan membangunkan hubungan maritim di bawah rangka kerja pelbagai hala seperti Forum Serantau ASEAN dan Mesyuarat Asia-Eropah.
"Mungkin juga mencari jalan untuk bekerjasama melalui mekanisme pertahanan dan ketenteraan serantau yang praktikal seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus, atau ADMM+," tambahnya.
Mengulas lanjut, Ikmal Hisham berkata Asia Tenggara muncul menjadi wilayah yang pesat berkembang serta pusat pertumbuhan dan kemakmuran yang berjaya menarik minat negara luar.
Beliau berkata negara yang lebih kecil di Asia Tenggara seperti Malaysia, boleh menggunakan kepakaran rakan kongsi Indo-Pasifik mereka untuk mengemudi ancaman keselamatan dan geopolitik kuasa besar yang lebih luas berlaku di rantau ini.
Sementara itu, Duta Besar Jerman ke Malaysia berkata EU akan memperhebat dialognya dengan rakan kongsi mengenai keselamatan dan pertahanan, termasuk memerangi keganasan, keselamatan siber, kawalan senjata nuklear serta pelucutan senjata serta keselamatan angkasa dan maritim.
Selain itu, Blomeyer berkata EU akan menyokong usaha rakan kongsi Indo-Pasifiknya untuk membangunkan kapasiti pengaman mereka sendiri.
"Saya harus menambah bahawa perkara penting bagi kita semua ialah menghormati kepaksian ASEAN yang akan memimpin penglibatan kita di rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Menurut Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, dalam beberapa tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan aktiviti ketenteraan di perairan yang dipertikaikan, seperti di Laut China Selatan dan Laut China Timur. - Twitter/@tldm_rasmi
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Duta Besar baharu Sweden tekankan peranan pentingnya perkukuh hubungan EU-ASEAN
Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.