awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UTM Aerolab kukuh sebagai pusat bertaraf dunia
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami buat replika isteri maut COVID-19: 'Kami hidup 39 tahun bersama'

Gempak
Gempak
08/01/2023
03:47 MYT
Suami buat replika isteri maut COVID-19: 'Kami hidup 39 tahun bersama'
Replika yang bernilai lebih RM13,000 itu dibina bukan hanya sebagai memori pernah hidup bersama selama 39 tahun, tetapi juga demi menunaikan hasrat wanita tersebut.- Gempak
SEORANG kakitangan kerajaan India yang sudah pencen, Tapas Sandilya, mempunyai cara tersendiri dalam mengabadikan kenangan bersama mendiang isterinya, Indrani.
Sandilya telah ‘menghidupkan’ semula isterinya yang meninggal dunia kerana COVID-19 pada Mei 2021 dengan membina replika Indrani. Ia dibina oleh seorang pengukir pada hujung tahun lalu.
Replika tersebut diperbuat dari tanah liat sebagai asas bersama 30 kilogram silikon, lengkap berbusana sari dan memakai aksesori. ‘Dia’ duduk bersilang tangan di atas buaian, yang merupakan tempat kegemarannya di dalam rumah mereka.
Menurut Sandilya, replika yang bernilai lebih RM13,000 (2,500 pound sterling) itu dibina bukan hanya sebagai memori pernah hidup bersama selama 39 tahun, tetapi juga demi menunaikan hasrat wanita tersebut.
“Kami pernah pergi menziarah sebuah kuil di Mayapur lebih sedekad lalu dan tidak berhenti kagum dengan replika AC Bhaktivedanta Swami. Indrani sendiri yang mahu memiliki replikanya jika dia meninggal dunia,” kata Sandilya seperti dilaporkan The Times of India.
Indrani meninggal dunia pada usia 59 tahun di hospital seorang diri sewaktu India dilanda pandemik kedua. Pada waktu itu, Sandilya mendakwa dirinya dipaksa untuk melakukan pengasingan sehingga tidak dapat melihat isterinya buat kali terakhir.
Untuk rekod, sebanyak 44 juta penduduk India telah mati akibat jangkitan COVID-19. -- Gempak
Topic Berkaitan
#replika isteri
#maut COVID-19
#kenangan abadi
#pesara India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan