awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami 'psiko' dera, kurung isteri selama 12 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2023
11:46 MYT
Suami 'psiko' dera, kurung isteri selama 12 tahun
Penganggur warga Jerman berusia 55 tahun ditahan polis selepas penemuan isterinya dalam keadaan menyayat hati. - Gambar hiasan
PIHAK berkuasa Perancis pada Isnin menahan seorang penganggur warga Jerman berusia 55 tahun selepas isterinya ditemui dalam keadaan bogel dan menyayat hati.
Mangsa yang kepalanya turut dibotakkan mendakwa dia dikurung selama 12 tahun di sebuah apartment di Forbach yang terletak berhampiran sempadan Berlin, lapor AFP.
Suaminya bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyatakan isterinya menderita barah.
Sumber polis memberitahu mangsa yang berusia 53 tahun akhirnya mendapat akses kepada telefon dan bertindak segera menghubungi polis di Wiesbaden, barat Jerman yang kemudiannya memaklumkan kepada rakan pasukan di Perancis.
"Kedua-dua kakinya dan jarinya disahkan patah. Wanita itu dijumpai dalam keadaan kurus kering dan dipercayai telah didera secara fizikal," ujar jurucakap pihak berkuasa.
Media tempatan melaporkan polis telah membuka kes menculik, memperkosa dan penderaan ke atas lelaki 'psiko' tersebut yang turut memelihara 10 ekor kucing.
"Polis menemui sebuah diari yang mengandungi rekod 'perbuatan kejamnya' dan waktu dia memberi makan kepada isterinya," lapor stesen penyiar RMC. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kurung isteri
#dera isteri
#Perancis
#12 tahun dikurung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan