BANGKOK: Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi, kata Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak.
Beliau berkata varian Omicron menyumbang 100 peratus kadar jangkitan sejak tujuh hari lalu dan sehingga kini, kira-kira 1,000 kes disahkan membabitkan subvarian BA.4 dan BA.5.
"Kebanyakan kes dilaporkan di Bangkok. Subvarian BA.4 dan BA.5 akan menggantikan subvarian lain secara beransur-ansur," katanya pada sidang media pada Isnin sambil menggesa orang ramai agar tidak panik.
Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan Kementerian Kesihatan Awam bersiap sedia menangani peningkatan kes COVID-19 dan kluster baharu ekoran dua subvarian itu merebak dengan pantas.
Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri turut menggesa rakyat mematuhi semua langkah pencegahan dalam usaha membendung penularan kes.
"Perdana menteri juga menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak secepat mungkin," katanya.
Thailand merekodkan 1,995 kes baharu dan 18 kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah jangkitan setakat ini mencecah 4,532,100 dan 30,718 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi. - Gambar hiasan/AP
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.
Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron
Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.