INTERNATIONAL
Sudan Selatan siasat, hantar pulang PATI ke negara asal

Sudan Selatan akan menjalankan siasatan untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin (PATI) yang dihantar oleh AS ke negara asal masing-masing. - Foto REUTERS
JUBA: Sudan Selatan akan menjalankan siasatan untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin (PATI) yang dihantar oleh Amerika Syarikat (AS) ke negara asal masing-masing.
Jurucakap Polis Sudan Selatan, Mejar Jeneral James Mande memaklumkan, kebenaran akan dikenal pasti dan mereka akan sekali lagi dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
"Apa yang boleh saya katakan ialah, kami tidak bertindak terlebih dahulu, tetapi apabila mereka tiba, mereka akan disiasat.
"Kebenaran akan ditentukan dan mereka akan dihantar pulang ke negara yang betul. Ya, inilah yang mungkin akan dilakukan. Hasil siasatan akan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.Seorang hakim AS memutuskan pada Rabu bahawa pentadbiran Trump telah melanggar perintah mahkamah dengan cuba memindahkan PATI ke Sudan Selatan tanpa membenarkan mereka mencabar pemindahan tersebut.
Menurut pihak berkuasa AS, kesemua PATI yang berasal dari Cuba, Laos, Mexico, Myanmar, Vietnam dan Sudan Selatan, telah disabitkan dengan jenayah serius.
Hakim Brian Murphy berkata beliau akan menangani kemungkinan hukuman terhadap pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
Difahamkan, PATI tersebut masih berada dalam tahanan AS semasa perbicaraan berlangsung.
Awal bulan lalu, AS memaklumkan akan membatalkan semua visa bagi pemegang pasport Sudan Selatan dan menyekat kemasukan baharu.
Setiausaha Negara, Marco Rubio memberikan alasan bahawa negara Afrika itu enggan menerima rakyatnya yang dihantar pulang dari AS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami