DUNIA
Suhu di Moscow cecah 36.1 darjah Celsius, pecah rekod tahun 1903 - Pakar Meteorologi

Suhu udara di pusat bandar Moscow mencecah 36.1 darjah Celsius pada Sabtu, sekali gus memecahkan rekod yang dicatat pada tahun 1903. - Reuters
MOSCOW: Suhu udara di pusat bandar Moscow mencecah 36.1 darjah Celsius pada Sabtu, sekali gus memecahkan rekod yang dicatat pada tahun 1903, menurut Ketua Peramal Cuaca Pusat Cuaca Phobos, Evgeny Tishkovets seperti dilaporkan RIA Novosti.
"Rekod 122 tahun lepas telah dipecahkan di Moscow. Suhu di VDNH (Pameran Pencapaian Ekonomi Negara) ialah 34.6 darjah, manakala di pusat bandar di Balchug (pulau di Sungai Moskva) mencecah 36.1 darjah. Rekod lama pada 1903 iaitu 34.5 darjah telah dilepasi," kata Tishkovets.
Menurut agensi pemerhatian bumi Eropah, Copernicus, bulan Jun 2025 merupakan bulan Jun ketiga paling panas di peringkat global dan yang paling panas pernah dicatatkan bagi Eropah Barat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami