awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Pantai Asia 2020 di Sanya, China berlangsung ikut jadual

Bernama
Bernama
08/03/2020
20:37 MYT
Sukan Pantai Asia 2020 di Sanya, China berlangsung ikut jadual
Menurut COC, 6,143 daripada 6,328 orang di Wilayah Hainan yang merupakan kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti sudah dibebaskan daripada pemantauan perubatan. - Gambar hiasan
Sukan Pantai Asia edisi keenam akan diadakan seperti dirancang di Bandar Sanya, Wilayah Hainan di China hujung tahun ini.
Ketua Pengarah Majlis Olimpik Asia (OCA), Husain Al-Musallam berkata mereka dimaklumkan oleh pihak berkuasa China bahawa Bandar Sanya secara rasminya bebas daripada jangkitan COVID-19.
Hussain berkata OCA kerap berhubung dengan Jawatankuasa Olimpik China (COC) dan juga jawatankuasa penganjur Sukan Pantai Asia Sanya sejak wabak COVID-19 berlaku di Wuhan, tengah negara China, Disember tahun lepas.
"Ini adalah berita yang menggembirakan buat OCA, 45 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan sudah pasti penduduk Bandar Sanya," katanya seperti dipetik dalam kenyataan dikeluarkan OCA, pada Ahad.
COC melaporkan bahawa 6,143 daripada 6,328 orang di Wilayah Hainan yang merupakan kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti sudah dibebaskan daripada pemantauan perubatan manakala 185 orang masih di bawah pemerhatian. Tiada kes baharu dilaporkan selama 25 hari berturut-turut.
Sukan Pantai Asia 2020 dijadualkan berlangsung dari 28 Nov hingga 6 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#Hainan
#Jawatankuasa Olimpik China
#kontak
#sukan
#Sukan Pantai Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan