awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surat perkahwinan bukti Harry, Meghan tidak berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2021
21:35 MYT
Surat perkahwinan bukti Harry, Meghan tidak berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi
Surat perkahwinan menunjukkan pasangan tersebut berkahwin pada 19 Mei 2018 dan bukan tiga hari sebelum seperti didakwa mereka. - Foto fail
DAKWAAN Putera Harry dan Meghan yang mereka telah berkahwin tiga hari sebelum tarikh rasmi didapati tidak tidak benar.
Menurut surat perkahwinan yang diperolehi akhbar The Sun daripada Pejabat Pendaftar Perkahwinan UK, tarikh sebenar menunjukkan mereka berkahwin pada 19 Mei 2018 di Istana Windsor.
Pegawai pejabat tersebut memberitahu Menghan "jelas keliru" dengan tarikh perkahwinannya sendiri.
Dalam temu bual eksklusif dengan Oprah Winfrey, Meghan mendedahkan mereka telah berkahwin secara rahsia tiga hari sebelum upacara perkahwinan rasmi.
Namun ia disangkal pegawai Pejabat Pendaftaran Perkahwinan, Stephen Borton setelah sijil perkahwinan mereka didedahkan buat pertama kali.
"Minta maaf, saya rasa Meghan keliru dan memberikan maklumat yang salah.
"Mereka tidak berkahwin tiga hari sebelum dihadapan Ketua Biskop Canterbury.
"Sijil Perkahwinan Khas yang saya sendiri daftarkan menyatakan yang mereka berkahwin di Gereja St George dan apa yang berlaku di sana pada 19 Mei 2018 yang disaksikan oleh berjuta orang diseluruh dunia merupakan tarikh rasmi yang diiktiraf oleh Gereja England dan undang-undang negara.
"Mungkin apa yang mereka lakukan adalah berlatih bertukar lafaz yang mereka karang sendiri, perkara yang sering dilakukan ketika ini, di hadapan Ketua Biskop sebagai latihan," katanya kepada The Sun.
Dalam temu bual dengan Oprah pada 7 Mac, Meghan mendedahkan mereka telah bertukar lafaz perkahwinan secara tertutup di hadapan Ketua Biskop Canterbury, Justin Welby menjelang majlis rasmi besar-besaran pada 19 Mei 2018.
BACA: Wawancara Oprah: Meghan dedah dia dan Putera Harry berkahwin lebih awal daripada tarikh rasmi
Putera Harry pada Januari tahun lalu meninggalkan United Kingdom (UK) untuk bersama Meghan dan anak mereka, Archie di Kanada, selaras keputusan pasangan itu untuk memulakan kehidupan baharu selepas keputusan mengejut berundur dari keluarga diraja Britain.
Harry, 37, merupakan cucu kepada pemerintah Britain iaitu Ratu Elizabeth II manakala Meghan ialah seorang bekas pelakon televisyen.
Mereka yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 pernah mengumumkan sebelum ini tidak akan menjalankan tugas-tugas diraja pada Mac tahun lalu dan kini menetap di California, Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Putera Harry
#Meghan Markle
#kahwin
#surat perkahwinan
#Istana Windsor
#Keluarga DiRaja Britain
#Oprah Winfrey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan