Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menolak pencalonan mengejutkan daripada seorang puteri raja negara itu untuk bertanding jawatan perdana menteri pada Mac, selepas Raja Maha Vajiralongkorn menyifatkan tindakan kekandanya itu sebagai tidak bersesuaian dan bertentangan dengan perlembagaan.
Portal berita Bangkok Post sebelum ini melaporkan, suruhanjaya itu juga akan menilai tentang perkara itu pada Isnin selain mengkaji satu aduan yang mendesak parti populis yang mencalonkan Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi, 67, agar dikenakan tindakan.
Pilihan raya pada 24 Mac bakal menjadi pilihan raya pertama dijalankan sejak rampasan kuasa oleh tentera pada 2014.
Thailand merupakan negara monarki berperlembagaan sejak 1932, namun kerabat diraja mempunyai pengaruh hebat dalam kalangan rakyat negara itu.
Pencalonan mengejut Ubolratana pada minggu lalu oleh Parti Thai Raksa Chart, yang terbentuk daripada penyokong Thaksin Shinawatra, memecahkan tradisi kerana belum pernah ada sebarang ahli kerabat diraja menyertai politik.
Ubolratana tidak lagi menggunakan gelaran diraja selepas berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat pada tahun 1970-an, selain pernah berlakon dalam drama rantaian dan filem aksi.
Bagaimanapun, berselang sejam selepas berita pencalonan itu, Raja Maha Vajiralongkorn dalam satu kenyataan menerusi satu siaran di semua rangkaian televisyen Thailand, bertitah bahawa hasrat kekandanya itu tidak selari dengan tindakan keluarga diraja.
Perkembangan mengenai isu tersebut meletakkan Thailand dalam keadaan berjaga-jaga. Polis pengawal rusuhan ditempatkan di wilayah Pichit di utara Bangkok, iaitu tempat yang dikatakan bakal dilawati Ubolratana.
Hashtag dalam bahasa Thai yang bermaksud ‘rampasan kuasa’ juga tular di Twitter pada Isnin, seiring dengan dokumen yang mendakwa junta telah memecat beberapa komander tentera darat, laut dan udara.
Jurucakap kerajaan, Kolonel Taksada Sangkhachan, bagaimanapun berkata dokumen itu adalah palsu dan satu laporan polis telah dibuat.
Agensi
Mon Feb 11 2019
Pencalonan mengejut Ubolratana pada minggu lalu oleh Parti Thai Raksa Chart memecahkan tradisi dalam landskap politik Thailand. - Reuters
Gaji penjawat awam akan dinaikkan dengan kadar lebih 13 peratus
Kenaikan gaji Penjawat Awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion.
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Kepentingan pekerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan
Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Labour Ordinance Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Buruh Sarawak - Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
Pendapatan penjawat awam lebih RM2,000 sebulan di bawah SSPA baharu
Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu tidak terpakai untuk semua
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu melihat aspek menyeluruh dan tidak terpakai untuk semua.
"Kalau rekod kerja tidak membanggakan, malas, sering lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, mereka akan dipantau dan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin kerajaan perlu akur dengan SSPA
Mana-mana pemimpin yang memegang tampuk kepimpinan negara, perlu akur bahawa penjawat awam perlu diberikan sokongan dengan menambahbaik sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA).
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan warga pekerja
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan penghargaan kepada semua warga pekerja negara sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.
Kerajaan lancar Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan yang julung buat Malaysia.
Sektor swasta perlu turut naikkan gaji pekerja - PM
Susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menaikkan kadar gaji penjawat awam kepada 15% yang merupakan tertinggi dalam sejarah.
Beliau menasihatkan kepada sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi memperkasakan kesejahteraan pekerja mereka.
Beliau menasihatkan kepada sektor swasta untuk mengikut langkah yang sama dibuat kerajaan bagi memperkasakan kesejahteraan pekerja mereka.
[TERKINI] Kerajaan umum kenaikan lebih 13% gaji penjawat awam
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus berkuat kuasa 1 Disember 2024, dan ia tertinggi dalam sejarah negara.
Berucap menyampaikan amanat pada sambutan hari pekerja 2024, Anwar berkata kenaikan gaji penjawat awam melibatkan kos mencecah RM10 bilion.
Berucap menyampaikan amanat pada sambutan hari pekerja 2024, Anwar berkata kenaikan gaji penjawat awam melibatkan kos mencecah RM10 bilion.
[TERKINI] Sambutan Hari Pekerja peringkat Kebangsaan 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand tolak pencalonan Ubolratana
Pilihan raya pada 24 Mac bakal menjadi pilihan raya pertama dijalankan sejak rampasan kuasa oleh tentera pada 2014.