awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin

Bernama
Bernama
18/07/2024
15:55 MYT
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka pastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin
Menurut kementerian, pegawai Suruhanjaya Tinggi telah berinteraksi awal dengan pelajar-pelajar ini untuk menilai keperluan mereka dan memberikan bantuan segera. - Gambar fail/Wikipedia
PUTRAJAYA: Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat memantau keadaan di Bangladesh berikutan tunjuk perasaan pelajar-pelajar di sana.
Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis berkata Suruhanjaya Tinggi di sana sedang giat menyelaraskan dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua warga Malaysia di negara itu, walaupun menghadapi gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang meluas.
"Susulan permulaan protes, pelajar-pelajar Malaysia di Dhaka diarahkan supaya berkumpul di Suruhanjaya Tinggi bagi tujuan keselamatan mereka dan untuk arahan selanjutnya. Pelajar-pelajar ini adalah dari institusi pendidikan tempatan di Dhaka yang terjejas oleh protes berkenaan, kata kementerian itu.
Menurut kementerian, pegawai Suruhanjaya Tinggi telah berinteraksi awal dengan pelajar-pelajar ini untuk menilai keperluan mereka dan memberikan bantuan segera.
Buat masa ini, Suruhanjaya Tinggi sedang mengkaji penyelesaian sesuai termasuk membantu mengaturkan perjalanan pulang pelajar-pelajar yang ingin kembali ke Malaysia dan mendapatkan tempat perlindungan sementara untuk mereka.
Kementerian Luar menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh untuk mengelak dari berada di dalam kawasan protes, kekal berwaspada dan mematuhi semua nasihat keselamatan dan arahan pihak berkuasa tempatan.
Ia juga komited untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara terjamin dan sebarang perkembangan terkini berkenaan situasi ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka di alamat Rumah No 19, Jalan No 6, Enklaf Diplomatik Baridhara, Dhaka - 1212, Bangladesh.
Suruhanjaya Tinggi itu boleh juga dihubungi menerusi talian +880241081892 / 1895 atau +88 018 4179 8077 (kecemasan sahaja) dan e-mel di [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#memantau keadaan
#Bangladesh
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan