Skip to main content

Dunia

Suspek insiden tembak di White House ditahan

U.S. President Donald Trump and first lady Melania Trump, next to White House Press Secretary Karoline Leavitt, attend the annual White House Correspondents' Association dinner in Washington, D.C., U.S., April 25, 2026. REUTERS/Jonathan Ernst
Presiden Donald Trump dan isterinya, Melania menghadiri majlis White House Correspondents’ Dinner di Washington, pada Sabtu. Kedua-dua mereka diringi keluar selepas beberapa bunyi kuat yang dipercayai sebagai tembakan kedengaran berhampiran lokasi acara. - Gambar Reuters

WASHINGTON: Seorang individu telah ditahan susulan insiden tembakan pada majlis makan malam wartawan White House di sini, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA). 

 "Malam yang agak luar biasa di DC. Perkhidmatan Rahsia dan penguat kuasa melakukan kerja yang hebat. Mereka bertindak pantas dan berani. Penembak telah ditangkap," menurut Trump pada platform Truth Social beliau.

Advertisement

Kenyataan itu dibuat selepas Presiden dan isteri, Melania Trump, dibawa keluar daripada acara tahunan di Washington Hilton susulan insiden berkaitan keselamatan.

Dalam hantaran berasingan, Trump berkata, Melania, Naib Presiden JD Vance dan semua anggota Kabinet, "dalam keadaan baik." "Kami akan bercakap dengan anda dalam masa setengah jam. Saya telah bercakap dengan semua wakil yang bertanggungjawab bagi acara itu, dan kami akan menjadualkan semula majlis dalam masa 30 hari," tambahnya.

Menurut Perkhidmatan Rahsia seorang individu berada dalam tahanan. 

"Keadaan mereka yang terlibat belum diketahui dan pihak berkuasa sedang giat menilai situasi,” katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video