awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tembak di Universiti Brown ditemukan mati

Bernama
Bernama
19/12/2025
06:45 MYT
Suspek kes tembak di Universiti Brown ditemukan mati
Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang suspek dalam insiden tembakan pada 13 Dis di kampus Universiti Brown di Providence, Rhode Island. - Gambar/ AP
SAN FRANCISCO: Suspek dalam insiden tembakan rambang di Universiti Brown minggu lalu ditemukan mati akibat luka tembakan yang dilakukan sendiri, lapor Xinhua memetik Fox News pada Khamis.
Memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang, CBS News dalam laporan awal pada Khamis menyatakan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap seorang suspek dalam insiden tembakan pada 13 Dis di kampus Universiti Brown di Providence, Rhode Island, yang mengorbankan dua pelajar dan mencederakan sembilan yang lain.
Menurut sumber, agensi penguat kuasa undang-undang sedang menyiasat kemungkinan kaitan antara insiden tembakan di Universiti Brown dengan kes tembakan membabitkan Nuno Loureiro, seorang profesor sains dan kejuruteraan nuklear di Institut Teknologi Massachusetts (MIT).
Loureiro, 47, meninggal dunia pada Selasa di sebuah hospital selepas ditembak sehari sebelumnya di kediaman miliknya di Brookline, Massachusetts.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Universiti Brown
#Kes Tembak
#Amerika Syarikat
#identiti suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan