Suspek dalam kes penembak hendap menyerang polis di Dallas memberitahu pihak perunding, dia mahu membunuh orang kulit putih, terutamanya polis, selepas kejadian baru-baru ini yang menyaksikan pegawai polis Amerika menembak lelaki kulit hitam, menurut ketua polis bandaraya itu pada Jumaat.
David Brown menyeru agar perpaduan ditingkatkan susulan serangan itu, yang mengakibatkan lima polis terbunuh dan sembilan cedera - tujuh daripadanya polis - mengatakan, "Ini mesti berhenti - perpecahan antara polis dan rakyat kita ini."
Suspek tersebut dibunuh menggunakan bahan letupan yang diletupkan oleh polis semasa satu situasi tegang selepas kejadian menembak pada Khamis malam apabila satu protes diadakan bagi menentang kejadian tembakan maut oleh polis terhadap dua lelaki kulit hitam minggu ini di Louisiana dan Minnesota, kata Brown.
"Pegawai polis Dallas terluka. Kami kecewa. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kekejaman yang berlaku ke atas bandar kami ini," kata Brown kepada pemberita.
Ketua polis itu menceritakan bagaimana rundingan dengan suspek itu, yang setakat ini hanya dikenal pasti sebagai seorang lelaki, terganggu dari masa ke masa.
"Katanya, dia berasa sedih tentang kejadian tembakan pihak polis baru-baru ini. Suspek itu berkata, dia kecewa dengan orang kulit putih. Suspek itu berkata, dia mahu membunuh orang kulit putih, terutamanya pegawai polis kulit putih," kata Brown.
Lelaki bersenjata itu juga berkata, dia tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan yang terancang.
Walaupun polis berkata, lelaki itu mengaku bertindak bersendirian, tiga suspek ditahan.
Datuk Bandar Mike Rawlings sebelum ini berkata, mereka "tidak memberi kerjasama yang baik."
Daripada lima pegawai yang terbunuh, seorang adalah polis transit Dallas.
Rawlings meminta rakyat Amerika menyertai penduduk Dallas memanjatkan doa "untuk bersama menyatukan bandaraya kita dan negara kita - bagi menyembuhkan luka, bukan menambah luka."
AFP
Fri Jul 08 2016
Orang ramai berhimpun di Dallas, Texas, pada Khamis bagi membantah kematian Alton Sterling yang ditembak polis di Louisiana pada Selasa dan Philando Castile yang ditembak polis pada Rabu di Minnesota. - Foto AFP
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Remaja perempuan didakwa bunuh budak lelaki 11 tahun di Dallas AS
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Dallas, selatan Texas, Amerika Syarikat (AS) didakwa atas tuduhan membunuh seorang budak lelaki berusia 11 tahun, lapor Xinhua memetik polis Dallas.
Bagi arahan culik dan bunuh, polis Dallas ditahan
Bryan Riser, pegawai polis yang sudah berkhidmat selama 13 tahun itu, ditahan pagi Khamis dan dibawa ke penjara Dallas.
Dua maut, termasuk penyerang, dalam insiden tembakan di gereja
Difahamkan, pihak berkuasa sudah mendedahkan butiran kejadian termasuk identiti mangsa, penyerang dan punca serangan.
Wanita maut dihempap kren tumbang
Seorang wanita maut apabila kren jatuh dalam kejadian ribut kencang di Dallas pada Ahad.
Enjin pesawat Southwest Airlines meletup, seorang maut
Penerbangan Southwest Airlines 1380 terpaksa lakukan pendaratan kecemasan selepas enjin pesawat tersebut meletup semasa di udara.
Porsche tidak mahu ketinggalan, tunjuk minat bina teksi terbang
Kilang pembuat kereta sport Porsche juga tidak ingin ketinggalan untuk membangunkan kenderaan penumpang terbang pada masa akan datang.
Suspek kes tembak Dallas dikenali sebagai Micah Johnson: media AS
Johnson tinggal di Mesquite, yang terletak di pinggir bandar Dallas, menurut CBS News dan NBC News.
Suspek kes tembak mahu bunuh polis kulit putih: Ketua Polis Dallas
David Brown menyeru agar perpaduan ditingkatkan susulan serangan itu, yang mengakibatkan lima polis terbunuh dan sembilan cedera, tujuh daripadanya polis.
Suspek kes tembak Dallas terbunuh: media
CNN memetik sumber polis sebagai berkata, suspek tersebut terbunuh, walaupun sesetengah media tempatan mengatakan, suspek berkenaan menembak dirinya sendiri.