awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAMA perluas rangkaian Kopiesatu, buka peluang keusahawanan dan ekonomi setempat
AstraZeneca jalin kerjasama dengan syarikat China untuk ubat turunkan berat
Sabah dalam proses dapatkan pensijilan MS ISO 9001:2015 dan ABMS 37001:2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tembakan Charlie Kirk enggan beri kerjasama, kata Gabenor Utah

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2025
23:20 MYT
Suspek kes tembakan Charlie Kirk enggan beri kerjasama, kata Gabenor Utah
Robinson kini ditahan tanpa jaminan dan dijangka didakwa secara rasmi pada hari Selasa atas tuduhan bunuh terancang. - Foto fail/AP
UTAH: Gabenor Utah, Spencer Cox, mengesahkan bahawa suspek utama dalam kes pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa, walaupun ditahan sejak Khamis lalu.

Ringkasan AI
  • Suspek utama kes pembunuhan Charlie Kirk, Tyler Robinson, enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan masih belum membuat pengakuan sejak ditahan Khamis lalu.
  • Robinson ditahan tanpa jaminan dan dijangka didakwa atas tuduhan bunuh terancang, tembakan jenayah dan menghalang keadilan; siasatan awal mendedahkan komunikasi pasca-kejadian melalui Discord.
  • Motif pembunuhan belum dikenal pasti, namun latar ideologi suspek yang dikaitkan dengan pengaruh ekstrem kiri mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan keganasan politik di AS.

Suspek, Tyler Robinson, 22, ditahan selepas serbuan di kediaman keluarganya kira-kira 33 jam selepas insiden tembakan yang berlaku di Universiti Utah Valley, di mana Kirk ditembak mati ketika menyampaikan ucapan dalam satu acara terbuka.
“Dia belum membuat pengakuan dan tidak bekerjasama dengan penyiasat,” kata Cox dalam temu bual bersama ABC News.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa individu di sekeliling Robinson, termasuk rakan serumahnya, telah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
Robinson kini ditahan tanpa jaminan di Penjara Daerah Utah dan dijangka didakwa secara rasmi pada hari Selasa atas tuduhan bunuh terancang, melepaskan tembakan secara jenayah, dan menghalang keadilan.
Menurut Cox, siasatan awal turut mendedahkan bahawa Robinson dipercayai berkomunikasi dengan kenalan melalui platform Discord selepas kejadian, termasuk membuat jenaka mengenai dirinya sebagai penembak.
“Ia dianggap gurauan sehingga dia sendiri mengaku bahawa dia melakukannya,” ujar Cox.
Motif sebenar pembunuhan masih belum dikenal pasti, namun pihak berkuasa sedang meneliti latar belakang ideologi suspek yang dikatakan berbeza daripada keluarganya.
Cox sebelum ini menyatakan bahawa Robinson “sangat dipengaruhi oleh ideologi kiri,” berdasarkan maklumat daripada kenalan dan ahli keluarga suspek.
Kes ini mencetuskan kebimbangan baharu mengenai peningkatan keganasan politik di Amerika Syarikat, dengan pemimpin dari pelbagai parti menyeru agar retorik politik diperlahankan demi keselamatan awam.
Topic Berkaitan
#Tyler Robinson
#Charlie Kirk
#suspek
#kes pembunuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan