awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia

Bernama
Bernama
14/07/2024
02:30 MYT
Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia
Ejen Perkhidmatan Rahsia AS bertindak mengawal keadaan susulan kejadian tembakan yang menyasarkan Donald Trump pada perhimpunan kempen calon presiden di Butler, Pennsylvania, 13 Julai 2024. (Foto AP)
KUALA LUMPUR: Suspek penembak yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah pentas, mencederakan bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Butler, Pennsylvania, pada Sabtu telah ditembak mati.
"Anggota Perkhidmatan Rahsia AS telah 'meneutralkan' penembak berkenaan yang kini telah meninggal dunia," kata Ketua Komunikasi Perkhidmatan Rahsia AS, Anthony Guglielmi di X.
Beliau berkata seorang penonton terbunuh, manakala dua lagi cedera parah.
Menurut beliau, penembak itu melepaskan tembakan ke arah pentas daripada kedudukan tinggi di luar lokasi perhimpunan.
Kejadian itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Guglielmi berkata Perkhidmatan Rahsia AS telah bertindak balas dengan cepat dengan langkah perlindungan dan bekas presiden berada dalam keadaan selamat dan sedang dinilai.
Agensi Anadolu melaporkan Trump kelihatan cedera dan dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#perhimpunan
#tembakan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan