Suspek serangan Pantai Bondi hadapi 59 pertuduhan termasuk keganasan

Kejadian itu mengorbankan 16 orang, termasuk seorang daripada penyerang, manakala 40 yang lain cedera. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Suspek dalam kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney telah dikenakan 59 pertuduhan, termasuk berkaitan keganasan, menurut kenyataan Pasukan Polis New South Wales pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
- Suspek dalam kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney didakwa dengan 59 pertuduhan termasuk keganasan, termasuk 15 pertuduhan membunuh dan 40 pertuduhan cubaan membunuh.
- Penyerangan di Pantai Bondi berlaku semasa upacara penyalaan lilin Hanukkah, mengorbankan 16 orang dan mencederakan 40 individu lain.
- Polis New South Wales berjaya matikan dua bahan letupan buatan sendiri yang ditemui di lokasi kejadian, membawa kesan keselamatan kepada masyarakat yang terjejas.
Pada Ahad, dua penyerang melepaskan tembakan ke arah orang ramai di Pantai Bondi, Sydney. Polis New South Wales mengenal pasti penyerang itu sebagai seorang bapa berusia 50 tahun dan anak lelakinya yang berusia 24 tahun.
Kejadian itu mengorbankan 16 orang, termasuk seorang daripada penyerang, manakala 40 yang lain cedera. Serangan itu didakwa berlaku semasa upacara penyalaan lilin Hanukkah yang dihadiri ramai penganut Yahudi.
Polis negeri kemudian memaklumkan bahawa pakar bom berjaya mematikan dua bahan letupan buatan sendiri (IED) yang ditemukan di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


