Skip to main content

Dunia

Suspek tembakan White House pernah berdepan Perkhidmatan Rahsia

Polis Perkhidmatan Rahsia AS memeriksa dan merakam gambar bahan bukti di lokasi kejadian berhampiran White House. - Foto AP
Polis Perkhidmatan Rahsia AS memeriksa dan merakam gambar bahan bukti di lokasi kejadian berhampiran White House. - Foto AP

Advertisement

WASHINGTON: Suspek yang terlibat dalam insiden tembakan berhampiran White House dikenal pasti sebagai Nasire Best, 21, yang dilaporkan pernah beberapa kali berdepan masalah dengan Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Menurut sumber penguat kuasa kepada CNN, Best pernah mencetuskan insiden di White House pada Jun 2025 apabila dia menghalang laluan masuk ke kompleks tersebut.

Ketika kejadian itu, Best didakwa mendakwa dirinya sebagai “Tuhan” sebelum ditahan oleh perkhidmatan rahsia dan dihantar ke Institut Psikiatri Washington untuk penilaian kesihatan mental.

Sumber turut memaklumkan bahawa insiden terdahulu menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan arahan larangan menghampiri kawasan White House terhadap suspek.

Bagaimanapun, pada Sabtu, Best sekali lagi muncul berhampiran pusat pemeriksaan White House sebelum melepaskan tembakan ke arah pegawai keselamatan, sekali gus mencetuskan situasi cemas dan sekatan keselamatan di kompleks tersebut.

 

 

Must Watch Video

Advertisement