awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Susu unta alternatif produk tenusu

Agensi
Agensi
22/02/2018
04:45 MYT
Susu unta alternatif produk tenusu
Produk berasaskan unta seperti susu unta mampu memberi khasiat maksimum kepada para pengguna. - Foto REUTERS
Tahukah anda bahawa unta sudah menjadi ternakan yang penting sejak sekian lama dalam pelbagai budaya masyarakat terutama di negara-negara timur tengah?
Berbanding dengan lembu atau kuda, unta jauh lebih mampu untuk hidup dalam persekitaran yang ekstrem seperti kemarau yang berpanjangan.
Oleh yang demikian, sudah tentu produk berasaskan unta seperti susu unta mampu memberi khasiat maksimum kepada pengguna.
Khasiat susu unta lebih mudah dicerna oleh badan berbanding susu lembu yang mana fakta ini dikeluarkan sendiri oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) Amerika Syarikat.
Susu unta juga tidak mengandungi beta laktoglobulin yang memberi kesan alergi terutama kepada bayi dan kanak-kanak.
Syarikat ladang unta terbesar dunia di Dubai, Camelicious, menekankan bahawa setakat ini, belum terdapat kesan alergi yang berpunca daripada susu unta. Oleh itu, syarikat tersebut telah memajukan perusahaan susu unta untuk bayi berusia 1 hingga 3 tahun.
Dalam masa beberapa bulan akan datang, formula susu terbaru itu akan dipasarkan di seluruh Arab Saudi sebelum dieksport ke negara-nagara lain.
“Kami telah memberi sepenuh dedikasi untuk menghasilkan formula khas susu unta untuk bayi yang pertama di dunia,” kata Timbalan Pengurus Besar Syarikat Camelicious, Mutasher Al-Badry.
Selain di Dubai, seorang pemilik ladang ternakan unta di California, Walid Abdul-Wahab turut mengetengahkan khasiat susu unta.
Menurut beliau juga, susu unta amat sesuai diminum oleh penghidap Autisme kerana ianya membantu memiliki manfaat anti keradangan untuk otak, namun ia hanyalah berdasarkan pengalaman mereka yang mencuba dan bukan dari kajian dilakukan pakar.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#bayi
#California
#Dubai
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan