Skip to main content

Dunia

Switzerland sahkan rundingan AS-Iran berlangsung Jumaat ini di Buergenstock

FILE PHOTO: U.S. and Iranian flags are seen in this illustration taken March 23, 2026. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration/File Photo
Pertemuan berkenaan melibatkan kedua-dua negara serta negara pengantara termasuk Pakistan dan Qatar, bagi memulakan rundingan awal mengenai pelaksanaan perjanjian yang telah dipersetujui. -Gambar fail

BERNE: Kementerian Hal Ehwal Luar Switzerland mengesahkan rundingan di antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dijadual berlangsung di pusat peranginan Buergenstock pada Jumaat.

Menurut kenyataan kementerian itu yang dipetik Reuters, pertemuan berkenaan melibatkan kedua-dua negara serta negara pengantara termasuk Pakistan dan Qatar, bagi memulakan rundingan awal mengenai pelaksanaan perjanjian yang telah dipersetujui.

“Berdasarkan perancangan semasa, AS dan Iran bersama negara pengantara akan bertemu di Buergenstock untuk memulakan rundingan mengenai pelaksanaan perjanjian,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, kementerian berkenaan tidak memberikan butiran lanjut berhubung jadual rasmi atau perincian mesyuarat tersebut.

Perkembangan itu menyusul selepas kedua-dua negara dilaporkan telah mencapai persetujuan awal dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) bagi menamatkan konflik, yang turut merangkumi tempoh rundingan susulan.

Media sebelum ini melaporkan terdapat perbezaan kenyataan mengenai bentuk pemeteraian perjanjian tersebut, termasuk sama ada majlis rasmi akan diadakan di Switzerland.

Rundingan di Buergenstock dilihat penting oleh komuniti antarabangsa dalam usaha meredakan ketegangan di Asia Barat serta memastikan kelancaran pembukaan semula laluan strategik Selat Hormuz.

 

Must Watch Video

Advertisement