awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan Flybe muflis

Agensi
Agensi
05/03/2020
09:35 MYT
Syarikat penerbangan Flybe muflis
Semua jadual penerbangan terpaksa dibatalkan dan diminta semua penumpang tidak hadir ke lapangan terbang kerana pesawat milik Flybe tidak akan beroperasi. - Gambar fail
Salah sebuah syarikat penerbangan terbesar Britain, Flybe dilaporkan muflis dan menyebabkan semua penerbangannya dihentikan.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam United Kingdom dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat penerbangan itu menghadapi masalah kewangan.
Justeru itu, semua jadual penerbangan terpaksa dibatalkan dan diminta semua penumpang tidak hadir ke lapangan terbang kerana pesawat milik Flybe tidak akan beroperasi.
Para penumpang juga dinasihatkan untuk mencari penerbangan alternatif lain melalui syarikat pengendali penerbangan lain.
Flybe sebelum ini dilaporkan berdepan beberapa isu termasuk kelemahan mata wang pound susulan kemelut Brexit dan terpaksa membayar semula bayaran cukai penumpang.
Ia kini diburukkan lagi dengan wabak COVID-19 yang menular di seluruh dunia menyebabkan pembelian tiket penerbangan syarikat itu menurun secara mendadak.
Syarikat penerbangan itu sebelum ini berjaya mengelak daripada ditutup pada Januari lalu selepas diberikan cuti cukai oleh kerajaan UK.
Topic Berkaitan
#Britain
#COVID-19
#Flybe
#muflis
#penerbangan dihentikan
#syarikat penerbangan
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan