awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Helikopter JBPM mula digunakan, kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi terkawal
Lori 'Black Maria' bawa 10 OKT terbalik di Rembau
India sahkan hanya dua kes virus Nipah di Bengal Barat sejak Disember
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pertahanan Israel tutup kemudahan di UK yang disasar kumpulan pro-Palestin

Bernama
Bernama
07/09/2025
20:00 MYT
Syarikat pertahanan Israel tutup kemudahan di UK yang disasar kumpulan pro-Palestin
Elbit Systems menghasilkan UAV untuk tentera Israel dan dianggap sebagai 'tulang belakang' armada dron Angkatan Pertahanan Israel. - REUTERS
MOSCOW: Pengeluar pertahanan Israel, Elbit Systems, menutup kemudahannya di bandar Bristol, United Kingdom (UK), yang berulang kali menjadi sasaran kumpulan pro-Palestin, Palestine Action, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Akhbar The Guardian pada Sabtu melaporkan pajakan kemudahan itu sepatutnya hanya berakhir pada 2029, namun Elbit menutupnya lebih awal.
Aktivis dilaporkan memanjat bumbung bangunan, memecahkan tingkap dan menyimbah cat merah pada premis berkenaan.
Elbit menghasilkan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk tentera Israel dan dianggap sebagai "tulang belakang" armada dron Angkatan Pertahanan Israel.
Palestine Action diharamkan di UK pada Julai lalu selepas aktivis menceroboh pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) terbesar negara itu, Brize Norton di Oxfordshire, serta merosakkan dua pesawat pengisian minyak Airbus Voyager menggunakan besi pengumpil dan menyembur cat merah pada turbin pesawat berkenaan.
Mereka berkata tindakan itu didorong oleh sokongan RAF terhadap operasi ketenteraan Israel, termasuk penerbangan tinjauan di Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#United Kingdom
#elbit systems
#Palestine Action
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami