Skip to main content

Dunia

Syarikat UK rancang pindahkan 90,000 pekerjaan dari London ke wilayah lain

71726195424_London.jpg
Langkah itu didorong oleh peningkatan kos menjalankan perniagaan di ibu negara serta rancangan desentralisasi Perdana Menteri Andy Burnham. - Gambar fail
Advertisement

MOSCOW: Syarikat di United Kingdom (UK) merancang memindahkan kira-kira 90,000 pekerjaan dari London ke bahagian lain di negara itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Langkah itu didorong oleh peningkatan kos menjalankan perniagaan di ibu negara serta rancangan desentralisasi Perdana Menteri, Andy Burnham, lapor Bloomberg pada Rabu, memetik syarikat pengambilan pekerja Robert Walters, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Pemindahan pekerjaan itu dilaporkan boleh membawa kepada pengagihan semula sehingga £9 bilion (AS$12.1 bilion) perbelanjaan majikan ke hab ekonomi serantau seperti Manchester, Leeds dan Birmingham dalam tempoh lima tahun akan datang.

Manchester dijangka menjadi penerima manfaat utama daripada pemindahan itu, dengan kira-kira 23,000 pekerja berpotensi berpindah dari London ke bandar berkenaan, lapor Bloomberg.

Pada akhir Julai, Burnham, dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri berjanji untuk melaksanakan “perubahan terbesar” dalam dasar dan ekonomi UK dalam tempoh 40 tahun.

Beliau mengumumkan rancangan untuk mengagihkan kuasa secara lebih meluas ke seluruh negara dan menegaskan yang skala perubahan itu mungkin memerlukan penggubalan perlembagaan bertulis.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement