DUNIA
Syiling Malaysia ditemui di patung perisik CIA

Syiling bernilai 20 sen, 10 sen dan lima sen itu ditemui di kaki patung Nathan Hale. - Sumber foto laman web CIA
KUALA LUMPUR: Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat mendedahkan penemuan tiga keping syiling Malaysia di dasar sebuah patung bersejarah yang terletak di luar pintu utama bangunan ibu pejabat asal agensi di Virginia, Amerika Syarikat.
Menerusi hantaran di laman rasmi X CIA, syiling bernilai 20 sen, 10 sen dan lima sen itu ditemui di kaki patung Nathan Hale, individu yang dikenang sebagai “pegawai risikan pertama” negara itu.
Menurut kenyataan CIA di laman sesawang rasminya, patung Hale dibina bagi memperingati detik-detik terakhir pemuda berusia 21 tahun itu sebelum dihukum mati kerana menjadi perisik ketika Perang Revolusi Amerika.
laman web CIA.
“Seorang pemuda yang bersedia menghadapi ajal demi negaranya dengan penuh kehormatan. Tangan dan kakinya terikat, namun wajahnya tenang dan matanya memandang ke ufuk merupakan simbol semangat dan pengorbanan,” memetik Penemuan syiling di kaki patung Hale bukanlah perkara luar biasa.
Malah, ia menjadi satu tradisi turun-temurun dalam kalangan pegawai CIA yang akan bertugas ke luar negara.
Menurut legenda dalaman agensi itu, meninggalkan syiling sebelum berlepas bertugas dipercayai membawa tuah dan perlindungan simbolik daripada semangat Hale.
“Kebiasaannya, pegawai meninggalkan syiling 25 sen (quarter) AS yang menampilkan wajah George Washington pemimpin yang pernah mengetuai Hale semasa perang,” menurut CIA.
Selain itu, terdapat juga pegawai yang dipercayai memilih untuk meninggalkan 76 sen bagi memperingati tahun 1776, tahun Hale dihukum mati.
Ada juga yang memilih untuk meninggalkan mata wang asing dengan nilai kecil dan tanda peribadi, termasuk syiling Malaysia yang ditemui baru-baru ini.
Kesemua syiling yang dikumpulkan secara berkala di dasar patung Hale akan diserahkan kepada Muzium CIA, sebelum disalurkan kepada dua badan kebajikan utama iaitu Yayasan Memorial Pegawai CIA
dan Yayasan Third Option
Difahamkan, dua organisasi ini menyediakan bantuan kepada pegawai yang tercedera ketika bertugas, serta membantu keluarga pegawai yang terkorban demi negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami