Sekeping syiling emas pada abad ke-18 memaparkan wajah Presiden pertama Amerika Syarikat (AS), George Washington dijual AS$1.7 juta (RM6.98 juta) dalam satu sesi lelongan, pada Khamis, yang mana hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada badan amal.

Syiling emas 1792 itu tidak pernah diedarkan sebagai wang, sebaliknya ia dikeluarkan ketika pasca perang revolusi.

"Para penyelidik numismatik bersetuju ia adalah salah satu syiling paling penting dalam sejarah AS," kata pengasas bersama pusat lelongan Heritage, Jim Halperin.

Penyelidik mata wang percaya syiling Presiden Washington yang memaparkan wajahnya pada permukaan hadapan dan helang pada bahagian belakang telah diberikan kepada beliau sebagai sebahagian daripada promosi jualan dalam usaha mendapatkan kontrak pencetakan wang syiling di negara tersebut. - Agensi