awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan Palestin dari Gaza jadi mangsa pembunuhan terancang di penjara Israel

Bernama
Bernama
10/03/2024
06:51 MYT
Tahanan Palestin dari Gaza jadi mangsa pembunuhan terancang di penjara Israel
Pertubuhan itu juga melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan berterusan mengenai pembunuhan yang dilakukan secara sengaja terhadap tahanan Palestin. -Gambar hiasan
AMMAN: Tahanan Palestin dari Semenanjung Gaza yang ditahan oleh tentera Israel didakwa menjadi mangsa pembunuhan terancang dan dihukum mati tanpa mengikut prosedur undang-undang, termasuk diseksa hingga maut, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med.
Pertubuhan itu menekankan bahawa untuk memastikan pelaku bertanggungjawab, pihak berkuasa kehakiman antarabangsa mesti bertindak dengan melancarkan siasatan segera, termasuk menggali semula kubur mangsa, mengenal pasti identiti, mengembalikan jasad mereka selain membawa keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.
Beribu-ribu rakyat Palestin masih ditahan di penjara dan fasiliti tahanan Israel, tertakluk kepada kehilangan secara paksa atau kedua-duanya, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Euro-Med berkata penjara dan pusat tahanan Israel telah menjadi versi penjara Guantanamo dengan bentuk penyeksaan yang memalukan pernah disaksikan, termasuk pembunuhan, penganiayaan, layanan yang merendahkan martabat dan penafian hak yang paling asas.
Pertubuhan itu juga melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan berterusan mengenai pembunuhan yang dilakukan secara sengaja terhadap tahanan Palestin.
Euro-Med merujuk kepada laporan yang diterbitkan oleh akhbar Israel "Haaretz" pada dua hari lepas tentang kematian 27 tahanan dari Gaza sejak 7 Okt akibat penganiayaan atau kekurangan akses kepada penjagaan perubatan semasa mereka ditahan di fasiliti ketenteraan Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahanan Palestin
#pembunuhan terancang
#diseksa hingga maut
#Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan