awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taikun media Hong Kong bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
12/12/2020
22:00 MYT
Taikun media Hong Kong bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup
Jimmy dituduh berkomplot dengan negara asing dengan menggesa kerajaan luar menyekat Hong Kong dan China sebagai tindak balas susulan tindakan aktivis prodemokrasi di bandar raya itu. -Reuters
HONG KONG:Taikun media Hong Kong dan pengkritik Beijing, Jimmy Lai tiba di mahkamah pada Sabtu, bagi menghadapi sabitan di bawah undang-undang keselamatan negara.
Dia dituduh berkomplot dengan negara asing dengan menggesa kerajaan luar menyekat Hong Kong dan China sebagai tindak balas susulan tindakan aktivis prodemokrasi di bandar raya itu.
Jimmy, 73, adalah individu berprofil tinggi disabit di bawah 'sweeping law' yang menyasarkan pergerakan prodemokrasi di bandar raya itu.
Dia ditahan mengikut kesalahan yang dilakukan pada 1 Julai hingga 1 Disember, bahawa negara atau institusi asing, organisasi atau individu di luar China, Hong Kong dan Macau menggantung atau menyekat atau terbabit dengan kegiatan permusuhan lain terhadap Hong Kong serta China.
Jika didapati bersalah, taikun media itu akan menerima hukuman penjara seumur hidup.
Jimmy merupakan pemilik akhbar popular di Hong Kong iaitu Apple Daily yang juga dikatakan penyokong prodemokrasi dan lantang mengkritik pihak berkuasa.
Polis menyerbu ibu pejabat akhbar berkenaan pada Ogos dan menahan beberapa figura kanan syarikat berkenaan, termasuk beliau.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#mahkamah
#keselamatan
#undang-undang
#Media
#Jimmy Lai
#taikun media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan