Skip to main content

Gaya Hidup

Irama Dining KL tawar juadah Ramadan dan pakej rumah terbuka Aidilfitri

Irama Dining KL
Dalam suasana yang sarat dengan nilai sejarah itu, Irama Dining KL menampilkan bufet Ramadan yang menggabungkan resipi tradisional dengan sentuhan moden, sekali gus memberi pengalaman berbuka puasa yang bukan sekadar mengenyangkan, tetapi juga membangkitkan rasa nostalgia. - Foto Irama Dining Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Di sebalik deretan bangunan moden yang menghiasi lanskap ibu kota, tersembunyi sebuah banglo warisan yang kini menjadi destinasi tumpuan pencinta masakan Melayu tulen setiap kali tibanya musim perayaan. Irama Dining Kuala Lumpur yang terletak di dalam kawasan bersejarah di Old Malaya Lorong Raja Chulan, Kuala Lumpur kembali memeriahkan suasana Ramadan dan Aidilfitri dengan sajian istimewa serta pakej rumah terbuka untuk pelanggan.

Bangunan yang dibina sekitar tahun 1919 ini pada mulanya berfungsi sebagai kediaman pegawai tentera British. Kini, setelah dipulihara dengan teliti, ia menjadi latar sempurna bagi hidangan Melayu warisan yang semakin sukar dijumpai di era moden ini, lengkap dengan lantai mozek vintaj, tingkap kayu berukir dan lampu gantung yang memancarkan suasana hangat ketika waktu senja.
 

Foto Irama Dining Kuala Lumpur

Advertisement


Dalam suasana yang sarat dengan nilai sejarah itu, Irama Dining KL menampilkan bufet Ramadan yang menggabungkan resipi tradisional dengan sentuhan moden, sekali gus memberi pengalaman berbuka puasa yang bukan sekadar mengenyangkan, tetapi juga membangkitkan rasa nostalgia.

Menurut pemilik bersama Irama Dining KL, Ikhwan Siru antara keistimewaan yang diperkenalkan pada tahun ini ialah hidangan baharu khas sempena Ramadan iaitu Wagyu Masak Lemak.

“Yang paling istimewa pada tahun ini pada bulan Ramadan kita memperkenalkan menu baharu khas untuk Ramadan iaitu Wagyu Masak Lemak, iaitu merupakan antara hidangan istimewa kami sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Selain menu baharu tersebut, ia turut menampilkan beberapa hidangan signatur yang menjadi pilihan utama pelanggan.

Antaranya ialah Pais Barramundi, iaitu ikan barramundi yang dibalut dengan daun pisang sebelum dimasak menggunakan resipi rahsia, selain cucur jagung yang turut menjadi kegemaran pelanggan.

“Di Irama Dining Kuala Lumpur, antara tarikan menu adalah Pais Barramundi dan cucur jagung. Pais Barramundi adalah ikan yang dibalut dengan daun pisang dan dimasak menggunakan resipi rahsia kami. Ia merupakan antara menu paling laris dan menjadi tarikan utama pelanggan,” jelasnya.
 

Foto Irama Dining Kuala Lumpur


Selain itu, setiap kali Ramadan, Irama Dining KL turut memperkenalkan hidangan khas yang hanya tersedia sepanjang bulan tersebut.

“Pada setiap Ramadan, kita akan ada menu special iaitu set Kari Kepala Ikan yang hanya ada pada bulan Ramadan setiap tahun. Tahun ini kita tambah menu baharu Wagyu Masak Lemak jadi dua hidangan ini merupakan antara menu special yang kita perkenalkan dan hanya tersedia pada bulan Ramadan sahaja,” katanya.

Walaupun Ramadan kini hampir ke penghujungnya, peluang untuk menikmati hidangan di sini masih terbuka kepada orang ramai.

Malah, ia turut menyediakan pakej khas sempena Aidilfitri bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis rumah terbuka bersama keluarga, sahabat mahupun rakan sekerja.
 

Foto Irama Dining Kuala Lumpur


“Sempena Aidilfitri nanti, kami menggalakkan pelanggan untuk mengadakan majlis open house di Irama Dining Kuala Lumpur. Kami menyediakan pakej bermula pada harga RM3,999 untuk 30 orang dan RM5,999 untuk 50 orang,” katanya.

Menurut beliau lagi, pakej rumah terbuka Aidilfitri tersebut akan bermula pada 25 Mac sehingga 24 April 2026 berlangsung selama sebulan, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai meraikan Aidilfitri dalam suasana yang berbeza.
 

Foto Irama Signature IOI City Mall Putrajaya


Selain cawangan di Kuala Lumpur, pelanggan juga boleh mendapatkan pakej rumah terbuka Aidilfitri di Irama Signature yang terletak di IOI City Mall Putrajaya.

“Kami juga berada di IOI City Mall Putrajaya melalui Irama Signature yang turut menawarkan pakej Aidilfitri open house bermula daripada RM69.90 sahaja. Jadi pelanggan tidak perlu risau untuk menganjurkan rumah terbuka di rumah kerana ia boleh diadakan di Irama Dining KL ataupun di Irama Signature,” tambahnya.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi pihak restoran di talian 011-23420200 atau 019-4578163, atau melalui akaun Instagram rasmi mereka iaitu Irama Dining KL dan Irama Signature IOI City Mall Putrajaya.

Must Watch Video