awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun

Agensi
Agensi
09/02/2026
02:10 MYT
Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun
Lai, 78, menafikan semua pertuduhan, menyifatkan dirinya sebagai “tahanan politik” yang menjadi sasaran tekanan Beijing. - Gambar fail Reuters
HONG KONG: Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Isnin dalam kes keselamatan negara paling berprofil tinggi di wilayah itu, ketika tekanan antarabangsa semakin meningkat untuk membebaskan pengasas Apple Daily yang kini berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot.
Hukuman tersebut menjatuhkan tirai kepada saga perundangan hampir lima tahun yang bermula sejak Lai ditangkap pada Ogos 2020.
Beliau sebelum ini disabitkan dua pertuduhan berkomplot dengan kuasa asing pada 15 Disember lalu serta satu pertuduhan menerbitkan bahan hasutan.
Lai, 78, menafikan semua pertuduhan, menyifatkan dirinya sebagai “tahanan politik” yang menjadi sasaran tekanan Beijing.
Nasib Lai menjadi perhatian dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, yang menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan keras keselamatan negara di Hong Kong selepas protes besar-besaran pada 2019.
Starmer turut membangkitkan kes Lai yang memegang kewarganegaraan Britain semasa pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping, di Beijing bulan lalu.
Beliau menegaskan, kerajaan Britain akan terus menggesa pembebasan Lai.
Trump juga dikatakan mengemukakan perkara sama kepada Xi dalam pertemuan pada Oktober lalu.
Menurut beberapa diplomat Barat, usaha rundingan bagi pembebasan Lai dijangka dipertimbangkan secara lebih serius selepas hukuman dijatuhkan, bergantung pada langkah rayuan.
Keluarga dan penyokong Lai memberi amaran bahawa beliau mungkin tidak mampu bertahan lama dalam penjara berikutan masalah kesihatan termasuk degupan jantung tidak stabil dan tekanan darah tinggi.
“Saya paling risaukan kesihatannya. Saya berharap beliau dan keluarganya mendapat ketenangan,” kata Simon Ng, 65, antara penyokong yang sanggup beratur selama beberapa hari di luar mahkamah demi mengikuti prosiding.
Di bawah garis panduan undang-undang keselamatan negara (NSL), Lai dilabel sebagai “dalang” konspirasi untuk mendapatkan sokongan tokoh dan aktivis luar negara bagi menekan Hong Kong dan China melalui sekatan.
Kesalahan itu membawa hukuman antara 10 tahun hingga penjara seumur hidup bagi kes berunsur “serius.”
Enam bekas kakitangan kanan Apple Daily, seorang aktivis dan seorang pembantu guaman turut berdepan hukuman.
“Perbicaraan Jimmy Lai hanyalah satu sandiwara sejak hari pertama dan menunjukkan penghinaan total terhadap undang-undang yang sepatutnya melindungi kebebasan media di Hong Kong,” kata Pengarah Asia-Pasifik Committee to Protect Journalists (CPJ), Beh Lih Yi.
Namun Beijing menegaskan, Lai mendapat perbicaraan adil dan semua individu tertakluk kepada undang-undang keselamatan negara yang menurut mereka telah “memulihkan ketenteraman” di Hong Kong. - Agensi
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#taikun media
#Jimmy Lai
#hukuman penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan