TAIPEI: Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dan pegawai tertinggi dalam pentadbirannya pada Khamis berikrar untuk menderma sebulan gaji untuk membantu usaha bantuan bencana gempa bumi di Turkiye, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Naib Presiden Lai Ching-te, Perdana Menteri Chen Chien-jen dan Naib Perdana Menteri Cheng Wen-tsan juga berikrar untuk menyumbang sebulan gaji, menurut jurucakap Pejabat Presiden Lin Yu-chan dan jurucakap Kabinet, Chen Tsung-yen.

Selain sumbangan daripada pegawai, kerajaan Taiwan telah menyumbang AS$2 juta dan menghantar dua pasukan penyelamat yang terdiri daripada 130 anggota serta lima anjing pengesan.

Sementara itu, setakat petang Rabu penduduk di Taiwan telah menderma NT$10.33 juta (AS$343,206) melalui akaun khas yang disediakan oleh kerajaan. - BERNAMA