awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai digital - Trump

Bernama
Bernama
28/06/2025
06:00 MYT
AS tamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai digital - Trump
Trump menyifatkan tindakan Kanada sebagai serangan langsung terhadap AS dan menuduh mereka meniru pendekatan Kesatuan Eropah. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) menamatkan perbincangan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai perkhidmatan digital negara itu ke atas syarikat teknologi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Amerika Syarikat menamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada serta-merta selepas Kanada mengenakan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat teknologi AS.
  • Presiden Donald Trump menyatakan bahawa kadar tarif baharu akan dimaklumkan kepada Kanada dalam tempoh tujuh hari.
  • Trump menyifatkan tindakan Kanada sebagai serangan langsung terhadap AS dan menuduh mereka meniru pendekatan Kesatuan Eropah.Jika anda perlukan versi untuk siaran berita atau media sosial, saya boleh bantu sediakan.

"Berdasarkan cukai yang keterlaluan ini, kami dengan ini menamatkan semua perbincangan perdagangan dengan Kanada, berkuat kuasa serta-merta.
"Kami akan memaklumkan kepada Kanada kadar tarif yang perlu mereka bayar untuk menjalankan perniagaan dengan Amerika Syarikat dalam tempoh tujuh hari akan datang," kata Trump di Truth Social.
Trump berkata AS dimaklumkan bahawa Kanada mengenakan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat teknologi Amerika, yang disifatkannya sebagai "serangan langsung dan terang-terangan ke atas negara kita."
"Mereka jelas meniru Kesatuan Eropah, yang telah melakukan perkara sama dan sedang dalam perbincangan dengan kami juga," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#rundingan tarif
#Amerika Syarikat
#Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan