BEIJING: Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.
Demikian kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping semasa ditemui Ma Ying-jeou dan rombongannya dari Taiwan di Beijing pada Rabu.
Xi berkata rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan sebagai anak bangsa China mempunyai latar belakang budaya dan sejarah yang sama serta bukan sahaja memikul tanggungjawab yang sama untuk kepentingan bangsa, tetapi juga mempunyai aspirasi yang sama untuk masa depan.
Xi menekankan peri pentingnya menjaga dengan tegas kampung halaman milik bersama bangsa China.
"Saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan perlu berpegang kepada Konsensus 1992 yang berteraskan prinsip Satu China, terutamanya perlu mempunyai persepsi yang sama bahawa rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan yang tergolong dalam satu negara dan satu keluarga harus meningkatkan pertukaran dan persefahaman, memupuk rasa saling percaya, menebus persamaan dan mengatasi pertelingkahan," kata Xi.
Xi menegaskan saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan perlu bekerjasama mewujudkan kesejahteraan bangsa China untuk jangka masa panjang.
"Kami (Tanah Besar) berkeupayaan dalam membantu lebih 1.4 bilion rakyat di Tanah Besar menjalani kehidupan yang lebih baik dan kami juga berkeupayaan untuk bekerjasama dengan saudara setanah air di Taiwan untuk mewujudkan masa depan yang lebih indah.
"Kami sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan saudara setanah air di Taiwan dan meletakkan Taiwan di kedudukan utama dalam berkongsi peluang yang dibawa modenisasi ala China dan hasil pembangunan dan kemajuan yang dicapai di Tanah Besar.
"Kami bertindak pantas dalam membantu saudara setanah air dari Taiwan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka dan berikrar memperjuangkan matlamat yang berkaitan dengan kepentingan dan kesejahteraan mereka demi masa depan yang lebih baik.
Xi juga menegaskan peri pentingnya untuk membina kesedaran tentang Komuniti Bangsa China demi kebangkitan nusa dan bangsa serta komited mengambil langkah-langkah yang lebih mantap untuk menggalakkan pertukaran dan interaksi antara rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan.
Sementara itu, Ma Ying-jeou pula menyifatkan menegakkan Konsensus 1992 dan menolak "Kemerdekaan Taiwan" sebagai asas politik bersama untuk perkembangan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan secara damai.
"Rakyat di kedua-dua pantai Selat Taiwan yang tergolong dalam bangsa China, perlu mengintensifkan pertukaran dan kerjasama, mewarisi budaya China demi kesejahteraan bersama dan berusaha gigih memperjuangkan matlamat tentang kebangkitan nusa dan bangsa," kata Ma.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Xi berkata rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan sebagai anak bangsa China mempunyai latar belakang budaya dan sejarah yang sama. - Gambar/ Reuters
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
China gesa noktahkan kesengsaraan rakyat Palestin
China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan penyelesaian isu Palestin secara menyeluruh.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
China mempunyai kapal perang direka khusus angkut dron
Rekod negara pertama yang mempunyai kapal yang direka khusus untuk dron dipegang oleh China.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.