Skip to main content

Dunia

Tanah runtuh di Ethiopia: Angka korban meningkat kepada 157

41721751584_Ethiopianlandslides.jpg
ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 157 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di barat daya Ethiopia.

Berpuluh-puluh orang masih hilang, kata seorang jurucakap pihak berkuasa perlindungan awam pada Selasa.

"Kami masih mengumpulkan mayat dan jumlah korban dijangka akan meningkat," kata jurucakap itu.

Apabila ratusan orang berkumpul pada Isnin untuk menyelamatkan mangsa bencana itu, satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku. Disebabkan hujan lebat, operasi menyelamat seterusnya tidak dapat dijalankan.

Dengan bermulanya musim hujan, kejadian tanah runtuh bukanlah sesuatu yang luar biasa di kawasan berbukit itu. Kawasan itu pertama kali dilanda tanah runtuh pada Ahad.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video