awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapak warisan baharu diiktiraf UNESCO

Sinar Harian
Sinar Harian
25/09/2023
02:40 MYT
Tapak warisan baharu diiktiraf UNESCO
Landskap Budaya Hutan Teh Lama Gunung Jingmai di Pu'er. - Foto agensi
RIYADH : Pada awal minggu lalu, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengumumkan senarai baharu kira-kira 42 lokasi termasuk di Asia pada sesi berterusan Jawatankuasa Tapak Warisan Dunia yang berlangsung di ibu kota Arab Saudi dan dijadualkan berakhir pada Ahad.
Ia dipilih berdasarkan senarai pencalonan global yang dikemukakan pada 2022 dan 2023 yang mungkin bakal menyaksikan penambahan lokasi lain.
Pelbagai kota dan tinggalan sejarah unik di Eropah tersenarai pada kali ini selain tapak warisan sedia ada menyaksikan pengubahsuaian ketara iaitu kawasan sempadan mereka diperluaskan lagi seperti Hutan Kering Andrefana di Madagascar dan Kepulauan Cat Ba di Teluk Ha Long di Vietnam.
Bagaimanapun, tiada lokasi baharu diumumkan di United Kingdom (UK) walaupun kerajaan pada April lalu memaklumkan ia menyokong pengiktirafan tujuh tapak termasuk bandar katedral York, Little Cayman Marine Parks dan Zenith of Iron Age Shetland.
Jawatankuasa itu turut menetapkan beberapa syarat untuk melayakkan sesebuah lokasi menjadi Tapak Warisan Dunia.
Antaranya ia perlu mempunyai nilai universal luar biasa dan memenuhi salah satu daripada 10 kriteria seperti mempamerkan 'pertukaran nilai manusia yang penting, dalam tempoh tertentu, jangka masa atau dalam kawasan budaya dunia'.
Berikut antara lokasi yang disenaraikan oleh UNESCO pada kali ini. - Agensi/ Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Unesco
#tapak warisan baharu
#tapak warisan dunia
#pencalonan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan