awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarian tiang 'sambut' murid tadika

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2018
04:29 MYT
Tarian tiang 'sambut' murid tadika
Rakaman aksi wanita itu menjadi tular di media sosial. - Foto @mstandaert/Twitter
Sebuah nurseri di China dikritik banyak pihak selepas ia mempersembahkan tarian tiang ketika acara pembukaan sesi persekolahan baharu di negara itu.
Menurut laporan akhbar Southern Metropolis Daily, ibu bapa dan kanak-kanak dijemput menghadiri majlis tersebut di Tadika Xinshahui di bandar selatan Shenzhen, semalam.
Sebagai sebahagian daripada program, keluarga terbabit juga dijemput menonton persembahan beberapa penari wanita termasuk tarian tiang.
Rakaman memaparkan aksi penari itu turut menjadi tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi ribuan pengguna blog mikro, Sina Weibo.
"Saya tidak mahu tahu apa yang guru besar tadika itu fikirkan apabila dia mempersembahkan tarian seumpama itu. Ia tidak sesuai untuk kanak-kanak," kata salah seorang pengguna Weibo.
Seorang lagi pengguna berpendapat, kanak-kanak tadika patut diberi pelbagai ilmu, namun bukan terlampau banyak pengetahuan seperti itu.
Difahamkan, ramai ibu bapa yang bimbang dengan insiden itu bertindak menukarkan anak mereka ke tadika lain.
Susulan kejadian menggemparkan itu, Biro Pendidikan Bao'an telah mengarahkan sekolah itu untuk memohon maaf dan memecat guru besar terbabit serta turut melancarkan siasatan ke atas insiden tersebut. - BBC
Topic Berkaitan
#Guru Besar
#Kanak-kanak
#sesi persekolahan baharu
#tadika
#Tadika Xinshahui
#tarian tiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan