Skip to main content

Dunia

Taufan Bavi landa Zhejiang, 1.72 juta penduduk dipindahkan

Farmland is flooded by heavy rain brought by Typhoon Bavi in Wenzhou, Zhejiang province, China, July 12, 2026. REUTERS/Go Nakamura
Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa turut mengarahkan penutupan sekolah, menggantung sebahagian operasi perniagaan dan pengangkutan serta membatalkan ratusan penerbangan domestik dan antarabangsa. -Gambar Reuters
Advertisement

BEIJING: Pihak berkuasa China memindahkan hampir dua juta penduduk ke kawasan selamat selepas Taufan Bavi yang membawa angin kencang melanda wilayah timur negara itu.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, taufan berkenaan mula membadai daratan di bandar Yuhuan, wilayah Zhejiang pada jam 11.20 malam Sabtu.

Angin kencang dengan kelajuan sehingga 144 kilometer sejam itu turut melanda bandar Yueqing kira-kira 20 minit kemudian.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kehilangan nyawa atau kemusnahan besar harta benda di kawasan terjejas.

Sebelum melanda China, taufan berkenaan terlebih dahulu membadai utara Taiwan dan rantaian pulau terpencil di barat daya Jepun, menyebabkan gangguan bekalan elektrik serta banyak pokok tumbang.

Langkah pemindahan besar-besaran melibatkan kira-kira 1.72 juta penduduk di Zhejiang dan lebih 130,000 penduduk di wilayah jiran Fujian dilakukan sebagai persediaan menghadapi senario terburuk.

Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa turut mengarahkan penutupan sekolah, menggantung sebahagian operasi perniagaan dan pengangkutan serta membatalkan ratusan penerbangan domestik dan antarabangsa.

Walaupun Taufan Bavi dilaporkan semakin lemah selepas membadai daratan, ahli meteorologi memberi amaran bahawa sistem cuaca itu masih berpotensi membawa hujan lebat berterusan di beberapa kawasan timur dan utara China.

 

Must Watch Video

Advertisement