awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Debby: Angka kematian di AS cecah 4, lebih 150,000 tanpa bekalan elektrik

Bernama
Bernama
06/08/2024
10:25 MYT
Taufan Debby: Angka kematian di AS cecah 4, lebih 150,000 tanpa bekalan elektrik
Gabenor Florida Ron DeSantis mengisytiharkan darurat untuk 61 daerah di negeri itu pada Isnin. - AP
MOSCOW: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan lebih 150,000 penghuni terputus bekalan elektrik ketika Taufan Debby terus melanda Pantai Timur Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik, memetik penyiar NBC.
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dan seorang wanita maut dalam kemalangan kereta di Dixie County, Florida, pada Isnin, kata penyiar itu. Sebelum itu, seorang pemandu trak hilang kawalan di jalan basah di New Albany, Mississippi dan terjunam ke dalam terusan, terbunuh akibat kesan perlanggaran. Sejam kemudian, seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan terbunuh oleh pokok yang tumbang di atas rumah bergerak.
Di seluruh negeri Florida dan Georgia, kira-kira 153,000 orang telah terputus bekalan elektrik oleh taufan itu, menurut laman web pemantauan poweroutage.us.
Gabenor Florida Ron DeSantis mengisytiharkan darurat untuk 61 daerah di negeri itu pada Isnin.
Awal Selasa, Presiden AS Joe Biden meluluskan permintaan Gabenor Carolina Selatan Henry McMaster untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negeri.
Pada pagi Isnin, Pusat Taufan Kebangsaan AS berkata Ribut Tropika Debby telah menguat ke tahap taufan. Sehingga 0600 GMT, angin maksimum taufan yang berterusan mencapai 45 batu sejam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Debby
#angka kematian
#bekalan elektrik
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan