BINH DINH:Seorang maut manakala 12 nelayan hilang beberapa jam sebelum Taufan Molave dijangka membadai Selatan Vietnam.
Memetik laporan media tempatan, taufan berkenaan merupakan taufan yang paling kuat melanda Vietnam dalam 20 tahun.
Sementara itu, angkatan tentera laut telah mengerahkan dua kapal penyelamat bagi usaha mencari dan menyelamat nelayan yang hilang di wilayah Binh Dinh.
Taufan Molave sebelum ini diramal akan membadai Vietnam dengan kelajuan angin sehingga 150 kilometer sejam.
Lebih 40,000 penduduk di daerah terbabit telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Selain itu, semua pejabat, kilang dan sekolah di wilayah yang terjejas diarah ditutup.
Penduduk tempatan juga diminta untuk duduk di rumah bagi menghadapi taufan itu.
Dalam pada itu, lima lapangan terbang di wilayah itu juga ditutup dengan lebih 200 penerbangan dibatalkan.
Perkhidmatan kereta api di wilayah itu juga tergendala dan akan beroperasi semula apabila taufan itu reda.
Agensi
Wed Oct 28 2020
Memetik laporan media tempatan, taufan berkenaan merupakan taufan yang paling kuat melanda Vietnam dalam 20 tahun. - AP NEWSROOM
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Taufan Molave: Dua maut, 26 nelayan hilang di Vietnam
26 nelayan juga dilaporkan hilang apabila kapal mereka karam dilanda ribut yang disifatkan paling kuat tempoh 20 tahun.
Taufan Molave: Seorang maut, 12 hilang di Vietnam
Memetik laporan media tempatan, taufan berkenaan merupakan taufan yang paling kuat melanda Vietnam dalam 20 tahun.
Taufan Molave: Lebih sejuta penduduk Vietnam dipindahkan
Proses pemindahan itu berlangsung disebalik beberapa wilayah yang masih bergelut dengan banjir yang masih belum surut.
Taufan Molave badai Filipina, ribuan penduduk terjejas
Seorang dilaporkan hilang dan tujuh yang lain berjaya diselamatkan selepas kapal mereka tenggelam di wilayah Batangas.