VIETNAM: Taufan Noru yang mula beralih ke Vietnam, memaksa pihak berkuasa memindahkan lebih 800,000 penduduk ke pusat penempatan sementara.

Dalam masa sama, mereka yang tinggal di kawasan pantai diarah berjaga-jaga dan berlindung di lokasi yang selamat.

Sekolah dan acara-acara awam turut diarahkan tutup susulan ancaman bencana itu.

Dalam masa sama, perintah berkurung dikuatkuasakan di wilayah Da Nang dan Quang Nam pada petang Selasa.

Orang ramai dilarang keluar rumah, kecuali mereka yang menjalankan tugas-tugas rasmi.

Selain itu, operasi penerbangan  dari lima lapangan terbang di wilayah itu turut dibatalkan dan perkhidmatan kereta api juga dihentikan susulan taufan taufan.

Agensi cuaca meramalkan Taufan Noru mampu membawa angin sehingga 180 kilometer sejam apabila ia membadai Vietnam pada awal pagi Rabu.

Vietnam terdedah kepada cuaca buruk dengan berpuluh-puluh ribut tropika dan taufan melanda pantainya setiap tahun. - Agensi