awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Yagi: Angka kematian di Vietnam meningkat kepada 9 orang

Bernama
Bernama
08/09/2024
10:36 MYT
Taufan Yagi: Angka kematian di Vietnam meningkat kepada 9 orang
Selain Hai Phong (gambar), banyak kawasan di Quang Ninh, Thai Binh, Hai Duong, dan Hanoi mengalami gangguan bekalan elektrik. - AP
HANOI: Sejak melanda utara Vietnam pada petang Sabtu, Taufan Yagi telah mengakibatkan sembilan kematian penduduk manakala 186 lagi cedera, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar pada pagi Ahad, lapor Xinhua.
Kematian akibat taufan itu, ribut paling kuat melanda wilayah berkenaan dalam tempoh 30 tahun lepas, termasuk tiga dari wilayah pesisir pantai Quang Ninh, satu dari wilayah utara Hai Duong, satu dari bandar pelabuhan Hai Phong dan empat dari wilayah utara Hoa Binh.
Daripada yang cedera, 157 adalah dari Quang Ninh, 13 dari Hai Phong, 10 dari Hanoi, lima dari Hai Duong, dan seorang dari Hoa Binh.
Setakat pagi Ahad, 25 kapal tanpa kru, kebanyakannya bot nelayan, di Quang Ninh karam akibat ombak besar dan angin kencang.
Banyak kawasan di Quang Ninh, Hai Phong, Thai Binh, Hai Duong, dan Hanoi mengalami gangguan bekalan elektrik.
Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar berkata Taufan Yagi turut memusnahkan hampir 3,300 rumah, 121,500 hektar tanaman padi dan tanaman lain, lebih 5,000 hektar pokok buah-buahan, serta lebih 1,000 sangkar akuakultur di wilayah utara, menurut kementerian itu.
Menurut kementerian itu, Taufan Yagi mendarat di utara Vietnam pada petang Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 78 yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taufan yagi
#Vietnam
#kerosakan harta benda
#banjir
#elektrik terputus
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan