awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Yagi: Angka korban di Vietnam hampiri 200 orang

Bernama
Bernama
12/09/2024
08:32 MYT
Taufan Yagi: Angka korban di Vietnam hampiri 200 orang
Taufan Yagi - taufan paling kuat melanda utara Vietnam dalam tempoh kira-kira 30 tahun - melanda wilayah itu pada Sabtu, membawa angin kencang dan hujan lebat. - Gambar/ AP
HANOI: Tanah runtuh dan banjir besar yang dicetuskan oleh Taufan Yagi telah meragut sekurang-kurangnya 197 nyawa di Vietnam, manakala lebih 100 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Khamis.
Taufan Yagi - taufan paling kuat melanda utara Vietnam dalam tempoh kira-kira 30 tahun - melanda wilayah itu pada Sabtu, membawa angin kencang dan hujan lebat.
Pada Khamis, Menteri Luar Australia Penny Wong menjanjikan A$3 juta (US$1.9 juta) kepada Vietnam untuk bantuan kemanusiaan, bekalan kecemasan dan perkhidmatan penting lain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Sokongan kami akan memberi tumpuan kepada tindak balas pantas dan pemulihan awal untuk golongan rentan, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya, serta komuniti di kawasan luar bandar dan terpencil," kata Wong.
Menurut menteri itu, Australia juga telah menghantar sebuah pesawat yang penuh dengan bekalan kecemasan untuk keluarga, seperti tempat perlindungan dan kit kebersihan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Vietnam menyatakan bahawa ribut tropika berkenaan telah merosakkan ribuan rumah, kebanyakannya tenggelam sepenuhnya. Ratusan ribu pokok tumbang di beberapa wilayah manakala kira-kira 1.5 juta haiwan ternakan, terutamanya ayam dan lembu, turut mati.
Hampir 200,000 hektar tanaman padi telah rosak teruk dan lebih banyak hujan lebat diramalkan bagi beberapa kawasan.
Ribut itu kini menimbulkan kebimbangan di Thailand, dengan amaran hujan lebat dan banjir kilat. Jumlah kematian meningkat kepada enam orang, lapor akhbar Bangkok Post, memetik pihak berkuasa tempatan.
Yagi yang sebelum ini telah melanda Filipina dan China juga menyebabkan kematian dan kemusnahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#taufan yagi
#angka korban
#SAPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan