awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tehran kutuk serangan Pakistan di wilayah Iran

Bernama
Bernama
18/01/2024
14:34 MYT
Tehran kutuk serangan Pakistan di wilayah Iran
Kementerian Luar Iran telah memanggil kuasa usaha kedutaan Pakistan untuk membantah serangan peluru berpandu itu.
TEHRAN: Kementerian Luar Iran mengecam serangan Pakistan ke atas sebuah kawasan sempadan di tenggara negara itu pada Khamis, menurut Agensi Berita Iran IRNA.
Jurucakapnya, Nasser Kanaani berkata Kementerian Luar Iran telah memanggil kuasa usaha kedutaan Pakistan untuk membantah serangan peluru berpandu itu.
Serangan peluru berpandu Pakistan itu menyebabkan seramai sembilan orang terbunuh, termasuk tiga wanita, empat kanak-kanak dan dua lelaki tanpa kerakyatan Iran.
Kementerian Luar Pakistan yang mengeluarkan kenyataan selepas serangan itu, menekankan penghormatan penuh Islamabad terhadap integriti wilayah Iran.
Dalam kenyataan yang dibacakan oleh jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Mumtaz Zahra, Pakistan menggambarkan Iran sebagai 'negara bersaudara' dan menyatakan usaha berterusannya untuk mencari penyelesaian bersama bagi isu itu.
Kenyataan itu menegaskan bahawa serangan pada Khamis adalah selaras dengan keselamatan dan kepentingan Pakistan.
Menurut laporan media tentera Pakistan melancarkan serangan terhadap tempat persembunyian pengganas di wilayah Sistan-Baluchestan di Iran pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#Pakistan
#peluru berpandu
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan