awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan rambang Christchurch: 'Alhamdulillah, Allah selamatkan kami' - Pasukan kriket Bangladesh

Agensi
Agensi
15/03/2019
06:55 MYT
Tembakan rambang Christchurch: 'Alhamdulillah, Allah selamatkan kami' - Pasukan kriket Bangladesh
Bangladesh Cricket mengesahkan semua anggota pasukan dan kakitangan yang berdekatan dengan tempat insiden itu dapat kembali dengan selamat ke hotel mereka. - Foto Twitter
Pasukan kriket kebangsaan Bangladesh antara mereka yang terselamat daripada tragedi rambang oleh pengguna di masjid Christchurch yang berdekatan dengan lokasi perlawanan terakhir pasukan itu sempena perlawanan jelajah ke New Zealand. 

Dalam kejadian yang berlaku di dua masjid di bandar raya itu pada Jumaat, sekurang-kurangnya 40 disahkan terkorban.

 Kesatuan Kriket Bangladesh mengesahkan kesemua anggota pasukan dan kakitangan yang berdekatan dengan tempat insiden itu kembali dengan selamat sampai ke hotel mereka.

 Pemain utama pasukan itu, Tamim Iqbal, berkata dia dan rakan sepasukannya dapat melarikan diri dari tempat kejadian dan menyifatkan pengalaman itu sebagai "menakutkan".


Entire team got saved from active shooters!!! Frightening experience and please keep us in your prayers #christchurchMosqueAttack
— Tamim Iqbal Khan (@TamimOfficial28) March 15, 2019
Polis sebelum itu mengarahkan agar penduduk di seluruh Christchurch berada di dalam rumah dan berkata sekolah akan berada di bawah kawalan ketat sehingga diberitahu selanjutnya. BACA: Tragedi solat Jumaat: 40 terkorban dalam tembakan rambang Christchurch BACA: Bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Wiliams, bersedih atas insiden di Christchurch

Wartawan ESPN, Bangladesh Mohammad Isam yang bersama dengan pasukan Bangladesh ketika itu, memberitahu NZ Herald bahawa pasukan itu baru tiba di masjid untuk solat Jumaat ketika mereka mendengar tembakan. 

"Mereka sudah bersedia untuk keluar dari bas untuk pergi ke masjid apabila mereka mendengar tembakan dan ramai berlari keluar bangunan itu dan melihat seorang cedera di hadapan mereka.

 "Selepas menyaksikan keadaan ngeri itu, mereka menunggu di dalam bas. Sekitar 10 minit kemudian mereka berlari keluar dari bas melalui Hagley Park dan ke Hagley Oval," ujarnya.


Bangladesh team escaped from a mosque near Hagley Park where there were active shooters. They ran back through Hagley Park back to the Oval. pic.twitter.com/VtkqSrljjV
— Mohammad Isam (@Isam84) March 15, 2019
Penganalisis prestasi tinggi pasukan itu, Shrinivas Chandrasekaran berkata pasukan itu sempat melarikan diri dari tembakan itu, sementara kapten pasukan, Mushfiqur Rahim, berkata mereka sangat bernasib baik kerana masih hidup.
Just escaped active shooters!!! Heartbeats pumping badly and panic everywhere!! #ChristchurchMosque
— Shrinivas (@chinu1501) March 15, 2019
Alhamdulillah Allah save us today while shooting in Christchurch in the mosque...we r extremely lucky...never want to see this things happen again....pray for us
— Mushfiqur Rahim (@mushfiqur15) March 15, 2019


Bangladesh telah melawat New Zealand sejak bulan lepas. Mereka mengalami kekalahan 3-0 dalam siri antarabangsa. Tidak jelas sama ada perlawanan akhir akan diteruskan seperti yang dijadualkan pada pukul 9 pagi pada hari Sabtu. New Zealand Cricket mengatakan ia "dalam komunikasi berterusan" dengan pasukan itu. 
 
 

Topic Berkaitan
#Bangladesh cricket team
#christchurch shooting
#New Zealand
#pasukan kriket Bangladesh
#tembakan masjid christchurch
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan