Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 September 2026.

  1. Bekas COO TH masuk hospital, pendakwaan ditangguh ke 24 Sept

    Tertuduh dimasukkan ke hospital sejak 31 Ogos susulan mengadu sakit dada pada hujung minggu lalu.

  2. Ahmad Dusuki gagal peroleh kebenaran untuk merayu dapatkan semula tauliah mengajar

    Pendakwah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani pada Khamis gagal memperoleh kebenaran untuk merayu bagi mendapatkan semula tauliah mengajar agama yang ditarik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 

  3. RCI TH: Bekas pengurus THP Bina didakwa pecah amanah RM72,000 projek pembangunan kompleks pejabat

    Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

  4. OPR kekal 2.75 peratus untuk kali kelapan berturut-turut

    Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, sekali gus mencatatkan kadar tidak berubah untuk kali kelapan berturut-turut sejak Julai 2025.

  5. RCI Tabung Haji: Rashid nafi dakwaan Madinah tidak dipanggil beri keterangan

    Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain, menafikan dakwaan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad, bahawa beliau tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan kedudukan kewangan institusi itu.

  6. Projek lulus RM36.6 bilion tapi peruntukan MoF hanya RM12 bilion - Setiausaha Akhbar KKDW

    Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mendedahkan wujud jurang peruntukan ketara mencecah RM24.6 bilion bagi pelaksanaan Projek Jalan Luar Bandar (JALB) sepanjang tempoh sedekad lalu.

  7. Sistem DEEP bukan alat hukum penjawat awam – KSN

    Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bukan mekanisme untuk menghukum pengurusan tertinggi penjawat awam yang gagal mencapai merit ditetapkan, sebaliknya bertujuan menambah baik kepimpinan dalam kalangan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

  8. Kestabilan Kerajaan Persekutuan bergantung kepada keutuhan gabungan - Penganalisis

    Kekuatan dan kelangsungan Kerajaan Persekutuan hari ini tidak boleh hanya dinilai bersandarkan populariti seorang pemimpin semata-mata, sebaliknya perlu dilihat menerusi keutuhan gabungan induk yang menerajui pentadbiran negara.
     
  9. El Nino, keadaan kering, jerebu dijangka berterusan secara berperingkat sehingga Mei tahun depan - Pakar

    Fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kering akan terus meningkatkan risiko kebakaran serta jerebu yang dijangka berlanjutan sehingga Mei tahun depan.  
     
  10. Isu pendidikan, ekonomi masyarakat India tumpuan pertemuan PM Anwar dan pemimpin komuniti - Ramanan

    Aspek pendidikan, peluang ekonomi, kebajikan dan pembangunan sosioekonomi antara perkara yang dibincangkan dalam sesi pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin masyarakat India pada Khamis.

Must Watch Video

Advertisement