BAITULMAQDIS: Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu menghalang jemaah daripada menunaikan solat isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA).
Rakaman video yang dikeluarkan oleh Pejabat Gabenor Baitulmaqdis menunjukkan pekarangan masjid kosong tanpa jemaah pada malam Sabtu. Pasukan Israel sebelum itu telah menutup tapak berkenaan pada waktu pagi dan memaksa jemaah supaya beredar.
Advertisement
Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Gabenor melaporkan bahawa pasukan Israel menutup beberapa pusat pemeriksaan tentera di sekitar Baitulmaqdis dan memperketat sekatan di pintu masuk serta laluan keluar bandar tersebut.
Pejabat Gabenor menyatakan bahawa langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada sekatan berterusan yang dikenakan terhadap pergerakan rakyat Palestin di dalam dan di sekitar bandar itu.
-- BERNAMA-WAFA