GAZA CITY: Tentera Israel mempergiatkan pengeboman artilerinya di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Saksi memberitahu Anadolu bahawa pasukan Israel meneruskan hari kelima berturut-turut serangan mereka ke pinggir barat daya Bandar Gaza, terutamanya di kejiranan Tel al-Hawa dan Sabra.
Pasukan penyerang itu melepaskan tembakan dengan mesingan ke arah bangunan kediaman, menjalankan operasi pencarian dan pemeriksaan yang melibatkan letupan dan pembakaran beberapa struktur kediaman, kata saksi itu.
Kawasan kejiranan selatan Bandar Gaza, termasuk Sabra, Zeitoun, Tel al-Hawa dan Sheikh Ajleen, terdedah kepada serangan artileri berat, tambah mereka.
Sementara itu, jurucakap Pertahanan Awam Gaza Mahmoud Basal berkata: "Pasukan pendudukan Israel dan kenderaan mereka masih kekal di kawasan Tel al-Hawa, khususnya berhampiran Hospital Jordan. Mereka terus membakar rumah, menculik orang awam dan melakukan pembunuhan."
"Tiga syahid ditemukan dari kawasan kejiranan Sabra selepas disasarkan oleh artileri Israel beberapa hari yang lepas," tambah Basal.
Di tengah Gaza, serangan udara dan artileri Israel menyasarkan kem pelarian al-Bureij, mengakibatkan pemusnahan satu blok kediaman.
Kawasan barat laut kem pelarian Nuseirat, bandar Al-Musaddar dan timur laut bandar Deir al-Balah di wilayah tengah juga mengalami pengeboman artileri yang sengit.
Di selatan Gaza, kenderaan tentera Israel membuat serbuan terhad di timur Khan Younis. Saksi melaporkan tembakan artileri berat dan tembakan sengit.
Dron Israel melepaskan tembakan tanpa henti dan menjatuhkan bom di timur Khan Younis. Pada masa yang sama artileri Israel menyasarkan kejiranan Sheikh Nasser, Bani Suheila dan Khuzaa.
Selain itu tentera Israel turut meruntuhkan bangunan kediaman di bandar Al-Qarara, timur laut Khan Younis, di tengah-tengah pertempuran antara pejuang penentang Palestin dan pasukan Israel yang beroperasi di kawasan itu.
Melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera, Israel menghadapi kecaman antarabangsa kerana meneruskan serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza sejak serangan 7 Okt.
Lebih 39,300 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan lebih 90,800 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Tentera Israel mempergiatkan pengeboman artilerinya di pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza pada Isnin. - Foto REUTERS
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Iran kecam serangan Israel, tegaskan hak untuk pertahankan diri
Kementerian Luar Iran menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.
Tentera Israel tahan petugas perubatan, pesakit di hospital utara Gaza
Pasukan tentera Israel telah menahan semua petugas perubatan lelaki, selain individu yang cedera dan pesakit dari Hospital Kamal Adwan.
Jordan selar peneroka Israel “serbu” pekarangan Masjid Al-Aqsa
Serbuan itu merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis.
Puluhan Ahli Parlimen desak kerajaan UK hentikan semua eksport ketenteraan ke Israel
Dalam usul awal, Ahli Parlimen itu berkata penerimaan resolusi PBB itu mengenakan kewajipan baharu kepada kerajaan.
Wartawan Palestin berusia 19 tahun dibunuh tentera Israel selepas terima ancaman
Hassan Hamad terbunuh dalam serangan ke atas rumahnya di kem Jabalia, menjadikan jumlah wartawan yang terbunuh meningkat kepada 175 orang.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
“Israel boleh serang di mana-mana sahaja di Asia Barat” - Ketua IDF
Tentera Israel juga didakwa tahu bagaimana untuk menyerang dengan tepat dan dengan kekuatan.
Tentera Israel lengkap bersenjata serbu, arah pejabat Al Jazeera di Ramallah ditutup
Rejim Zionis sampaikan perintah penutupan rangkaian berita itu selama 45 hari.
Lebih 10,700 warga Palestin ditahan di Tebing Barat sejak 7 Okt
Pasukan penjajah Israel menahan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk bekas tawanan di Tebing Barat dalam tempoh 24 jam yang lalu.