awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel serang beberapa kawasan di Tebing Barat, hari kedua Aidiladha

Bernama
Bernama
17/06/2024
13:00 MYT
Tentera Israel serang beberapa kawasan di Tebing Barat, hari kedua Aidiladha
Pasukan Israel juga menyerbu kem pelarian Aqbat Jabr di Bandar Jericho, menggeledah beberapa rumah dan menyoal siasat penduduk dengan kasar. - Reuters
RAMALLAH : Tentera Israel menyerang beberapa kawasan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menyerbu rumah-rumah penduduk Palestin pada Isnin, hari kedua perayaan Aidiladha, kata saksi.
Saksi memberitahu Anadolu tentera Israel menyerang Bandar Qalqilya, menyerbu rumah-rumah dan merosakkan harta benda mereka, lapor Agensi Anadolu.
Sekurang-kurangnya seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Donia Dawood, telah ditahan sebelum pasukan itu berundur.
Pasukan Israel juga menyerbu kem pelarian Aqbat Jabr di Bandar Jericho, menggeledah beberapa rumah dan menyoal siasat penduduk dengan kasar.
Tentera Israel kerap menjalankan serbuan di Tebing Barat sejak beberapa tahun lepas dan semakin meningkat dengan bermulanya serangan ke atas Gaza pada bulan Oktober lepas.
Penduduk Palestin juga menghadapi serangan ganas daripada peneroka haram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera Israel
#Gaza
#Palestin
#serangan
#Aidiladha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan