awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Pakistan sahkan tiga terbunuh, 12 cedera dalam serangan India

Agensi
Agensi
06/05/2025
23:10 MYT
Tentera Pakistan sahkan tiga terbunuh, 12 cedera dalam serangan India
Seorang lelaki menerima rawatan di sebuah hospital di Bahawalpur, Pakistan susulan serangan peluru berpandu India. - Foto AP
ISLAMABAD: Pakistan mendakwa, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 12 orang cedera dalam serangan India di tiga bandar utama di negara itu.
Tentera Pakistan mengesahkan India mendalangi serangan peluru berpandu ke atas tiga bandar utama di negara itu pada Rabu.
Antara bandar diserang termasuk kawasan penduduk awam di Kashmir yang ditadbir Pakistan serta wilayah Punjab.
Menurut Pengarah Jeneral Perhubungan Awam Angkatan Tentera Pakistan, Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry, serangan itu dilakukan dari wilayah India sendiri tanpa sebarang pencerobohan ruang udara Pakistan.
“Peluru berpandu tersebut disasarkan ke atas kawasan penduduk awam di Muzaffarabad dan Kotli dalam wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, serta bandar Bahawalpur di wilayah Punjab,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegaskan, Pakistan akan bertindak balas terhadap serangan tersebut.
Selain korban nyawa dan kecederaan, dua buah masjid turut dilaporkan musnah dalam serangan itu.
Menurut Menteri Pertahanan Pakistan, kesemua lokasi diserang India merupakan kawasan orang awam dan bukan kem pengganas seperti didakwa.
Beberapa saksi awam pula berkata, ketika ini tentera Pakistan dan India berada di barisan hadapan pertahanan di sekitar Kashmir. - Agensi
Topic Berkaitan
#india-pakistan
#konflik Kashmir
#India serang Pakistan
#tentera pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami