NEW YORK: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki, Francesca Albanese, mengecam operasi ketenteraan Israel yang berterusan di Tebing Barat dan Gaza.
Menerusi hantaran di platform X, beliau menyifatkan tentera Israel sebagai "tentera paling tidak bermoral di dunia" serta mendakwa pasukan keselamatan Israel dan peneroka Israel bertindak memotong paip air ketika pengepungan ke atas perkampungan Qusra di Tebing Barat masih berterusan.
Albanese turut mendakwa kemusnahan di Gaza terus berlaku selain insiden yang disifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin.
The MOST IMMORAL ARMY strikes again.And again. And again.
In the West Bank, soldiers and settlers cut water pipes, while Qusra's siege continues.
In Gaza the pulverization continues and so the massacres.Since the ceasefire Israel has killed 1,200+ people, including 300 children.— Francesca Albanese, UN Special Rapporteur oPt (@FranceskAlbs) August 21, 2026
"TENTERA PALING TIDAK BERMORAL menyerang lagi. Dan lagi. Dan lagi.
"Di Tebing Barat, tentera dan peneroka memotong paip air, manakala pengepungan Qusra berterusan. Di Gaza, pemusnahan terus berlaku dan begitu juga pembunuhan beramai-ramai," tulisnya.
Menurut beliau, lebih 1,200 rakyat Palestin, termasuk kira-kira 300 kanak-kanak, terbunuh sejak gencatan senjata diumumkan.
Kenyataan wakil PBB itu dibuat ketika kebimbangan antarabangsa terhadap situasi kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat terus meningkat.
Setakat ini, pihak berkuasa Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai respons terhadap dakwaan yang dibangkitkan Albanese.